Projek Iqra' - Kempen Taja Shopping Raya 2015

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Rabu Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Apakah Shopping Raya 2015 


Shopping Raya ? Anda pernah dengar mengenai shopping raya ?? Shopping Raya adalah acara tahunan yang dilaksanakan oleh Persatuan Kebajikan Projek Iqra’ SeMalaysia bagi memberi peluang kepada orang ramai menyumbang untuk menmbantu membeli persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk anak anak yatim,fakir miskin dan asnaf dibawah jagaan rumah kebajikan dan komuniti yang menyertai program-program anjuran Projek Iqra'.

Kempen Taja Shopping Raya 2015 adalah kesinambungan projek yang telah berlangsung selama 5 tahun,ini menjadikan Kempen Taja Shopping Raya adalah satu aktiviti wajib bagi PROJEK IQRA' untuk dilaksanakan.

Dan,pada tahun ini Projek IQRA' sekali lagi tampil untuk menceriakan sambutan lebaran untuk 600 penerima yang terdiri dari golongan asnaf dan fakir miskin yang mengambil bahagian.




Apakah Tujuan Dan Objektif Shopping Raya 2015


Aktiviti ini adalah bertujuan untuk membawa anak-anak yatim dan komuniti bersama-sama dengan para sukarelawan pergi membeli belah pakaian sempena sambutan Syawal Eidul Fitri.

Selain memberi anak-anak yatim ini merasai kemeriahan membeli persiapan berhari raya, program ini membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan aktiviti kerja amal.

Ringkasnya,melalui acara ini,pihak Projek IQRA' berhasrat untuk;

- Meringankan beban keluarga anak-anak yatim yang terlibat.
- Membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan kerja amal.
- Mendekatkan jurang antara anak-anak yatim dengan orang ramai.
- Menjadi platform agar masyarakat sentiasa bersatu hati dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik.
- Memeriahkan sambutan Eidul Fitri anak-anak yatim dengan masyarakat setempat.

Nilai Tajaan Kempen Taja Shopping Raya 2015


Taja 1 penerima manfaat : RM 200 sahaja



Bagaiman Untuk Menaja - Kempen Taja Shopping Raya 2015 

Untuk salurkan tajaan anda,sila lakukan transaksi di :-
  http://bitly.com/shoppingraya2015

Atau ke :-

Akaun : Maybank
No. Akaun : 5648 1050 4003
Nama : Persatuan Kebajikan Projek IQRA' SeMalaysia
Email : info@projekiqra.com
Letakkan nota : Shopping Raya 2015

Nota : Sila emailkan maklumat penaja (nama,no.telefon,alamat) beserta slip transaksi kepada info@projekiqra.com

Untuk maklumat lanjut,Hubungi :-

1) Solleh : 017 670 2033
2) Sharifah : 017 274 8904
3) Suhaimi : 019 217 5597
4) Khairul : 016 736 1067

Laman Web : www.projekiqra.com
Facebook : Projek Iqra'

Jika anda tidak dapat membantu dalam bentuk wang ringgit,anda boleh bantu dengan "share" info ini,semoga ramai insan yang baik hati dapat sama sama membantu.Semoga usaha murni ini akan terus mendapat sokongan semua pihak dan menjadi medan dalam membentuk masyarakat yang prihatin dan harmoni.Sama sama hulurkan tangan ringankan beban..

Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kehormatan kepada dirinya; dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah , melainkan ia akan diangkat darjatnya oleh Allah .” ( HR Muslim dan Tirmidzi ) ..

Sebelum Kehabisan Slot,Jom Taja Seorang Sekarang!!

Bersama Kita Hulurkan Tangan Ringankan Beban !!!

#projekiqra #kelabbloggerbenashaari #kbbaprojekiqra #sahabatiqra #sukarelawan  #socialmedia #volunteer #charity #shoppingraya2015 #blogger #bloggermalaysia #parentingblogger #blogakifimtiyaz #akifimtiyazdotcom


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. bagus kempen ni kak..
    InsyaAllah ain pun nak join... :)

    BalasPadam
  2. Semoga murah rezeki anak anak Yatim dan moga ramai yang menghulurkan.

    BalasPadam
  3. Terima kasih kerana menyokong kempen ini :)

    BalasPadam
  4. Satu krmpen yg byk mmberi manfaat

    BalasPadam
  5. Kempen yg bagus.. tahun lepas pun ada. Berkat usaha projek iqra ni... aamiin.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.