Mesej Berantai Yang Hukumnya HARAM

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Rabu Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

MESEJ BERANTAI YANG HUKUMNYA HARAM !


Mesej berantai dijatuhkan hukum SYIRIK ! Kerana KERAP manusia menentukan qada dan qadar yang telah ditetapkan oleh Allah SWT .

Contoh mesej : 

"Siapa tak hantar mesej ni,akan ditimpa musibah" .

"Siapa yang hantar mesej ini,dalam masa dua jam orang yang tersayang akan datang kerumah anda".

"Siapa yang mengabaikan mesej ini,anda akan kehilangan orang yang tersayang".

"Siapa yang menghantar mesej ini kepada 4 orang,dalam masa 4 jam,anda akan mendapat rezeki yang melimpah ruah".

"Hantar mesej ini minima 12 orang,anda akan mendapat berita yang baik dalam masa 2 jam".

Senang cerita,ia berkait dengan perjanjian ganjaran atau musibah yang ditetapkan sendiri
Manusia tak layak menjatuhkan sesuatu hukum ke atas sesama manusia melainkan atas sebab tertentu.Teguran untuk semua sahabat dan rakan rakan,harap anda semua faham la ya !!! Untuk umat islam,mesej berantai begini adalah HARAM !! .

Kalau dulu kan,zaman yang takde WhatsApp,mesej berantai seperti ni muncul melalui SMS.Zaman SMS dulu benda ni memang berleluasa.Bila sampai jer SMS siap minta kita hantar pada 10 orang pastu akan berlaku keajaiban.Kalau tak hantar pada 10 orang kita akan ditimpa musibah.Aduhai,entah siapalah yang reka benda mengarut macam ni.Serius tak paham betul la dengan orang yang mencipta benda ni.Nampak sangat tak logik.

Alhamdulillah,setakat ni Lya memang tak layan mesej mesej sebegini.Nampak sangat syiriknya.Nauzubillah mintak jauh la benda benda macam ni dari mendekati kita,anak anak kita,keluarga kita dan juga sahabat sahabat kita..Semoga kita semua dijauhkan dari perkara perkara yang boleh merosakkan akidah ini..InsyaAllah..

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Selalu jugak mesej berantai2 ni masuk kt group whatsapp.. tapi angah tak layan , sebab tau benda ni mengarut..

    BalasPadam
  2. dlu pakai surat. sekarang pakai wasap. x suka msg berantai

    BalasPadam
  3. Boleh membawa kurafat juga mesej berantai ni.. jauhkanlah kan..

    BalasPadam
  4. hahaha CT tak penah peduli msg2 forward ni.. unless yg betul2 yakin..
    kalo ada yg tulis mcm ni.. before forward tu padam je ugutan x betul ni.. hehehe..

    BalasPadam
  5. astaghfirullah...macm2 dh org2 skrg nk syirikkn umat islam.

    BalasPadam
  6. Tu pentingnya mengingatkan..Allah berfirman "berilah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang yg beriman."
    Rasulullah saw jg ada bersabda "Sampaikanlah walaupun sepotong ayat."

    BalasPadam
  7. Tu pentingnya mengingatkan..Allah berfirman "berilah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang yg beriman."
    Rasulullah saw jg ada bersabda "Sampaikanlah walaupun sepotong ayat."

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.