Karnival MyCare Palestine

Salam Ukhuwah Fillah ..
Salam Selasa Sahabat ..
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Karnival MyCare Palestine


Humanitarian Care Malaysia @ MyCare yang dahulunya dikenali sebagai Aqsa Syarif akan mengadakan Karnival MyCare Palestine pada 29 Mei 2015 hingga 30 Mei 2015 bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu,Gong Badak.Kuala Terengganu.

http://akifimtiyaz3.blogspot.com/

Tujuan Utama Karnival MyCare Palestine


Karnival MyCare Palestine ini bertujuan untuk mengutip dana bagi membantu rakyat Palestin, antaranya menaja anak anak muda mereka meneruskan pengajian di Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UNISZA).

Program Yang Akan Di Adakan Di Karnival MyCare Palestine


Antara program utama yang akan diadakan sempena Karnival MyCare Palestine adalah Forum Perdana berkaitan perjuangan umat Islam di Palestin dan seluruh dunia.

 Forum Perdana
Perihatin Dunia Islam,Dimanakah Kita? 

Antara ahli panel yang terlibat :
- Ust Hasanuddin, salah seorang tawanan Israel semasa Flotilla Marvi Marmara. 
- Prof. Madya Dr Basri, Pensyarah Kanan Jabatan Syariah UniSZA
- Prof. Madya Dr. Hafidzi, pengerusi MyCare, Aqsa Syarif
- Moderator khas rancangan realiti TV Dai' Pendakwah Milenia, Dai' Azam Al Kankari.

 Konsert Amal Freedom For Palestine
Antara artis jemputan adalah Faizal Tahir,Muadz Zulkifly,Hafiz,Anas Tahir,Kautsar dan band islamic yg didatangkan khas dari Indonesia,Izzatul Islam dan lain lain. 

Di samping itu,pelbagai acara menarik yang melibatkan masyarakat setempat akan turut diadakan,antaranya :

-Pameran 
- Larian Cinta Keamanan 
- Jualan booth boikot barangan Israel
 - Pertandingan mewarna dan melukis kanak-kanak 
- Pertandingan Street Soccer,Netball dan Memancing 
- Konvoi kelab-kelab permotoran Terengganu

Bagi mewakili pihak penganjur,dengan kesempatan yang ada ini kami ingin menjemput rakan rakan NGO untuk turut bersama dalam menjayakan karnival ini,antaranya dengan menjadi ajk program,membuka booth pameran,melancarkan kutipan dana dan sebagainya.

Tiket konsert serendah RM 10** yang anda beli adalah sumbangan sepenuhnya untuk rakyat palestin.

Pertanyaan Lanjut Mengenai  Karnival MyCare Palestine


Untuk pertanyaan lanjut mengenai Karnival MyCare Palestine dan pembelian tiket konsert amal,boleh hubungi :

Sila hubungi talian dibawah untuk urusan selanjutnya. 

Haji Zameran Jusoh : 0129835527
Pengerusi MyCare Terengganu
YDP IKRAM Terengganu

Dr Afandi : 0129210600
Masrul : 0137779880
Ust Munawwar : 0139273557
Zafnidar: 0148016188

Marilah kita sama sama memeriahkan lagi karnival tersebut,sebagai salah satu usaha untuk membantu meringankan penderitaan serta membebaskan tanah Palestin.Jumpa anda disana..Ukhuwah Teras Kegemilangan,Memperkasa Ummah,Membebaskan Al Aqsa...Allahhuakbar !!!!! 

Catat Ulasan

5 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.