Kakak Insyirah Ke Kem Kepimpinan Dan Kecemerlangan Pelajar

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Rabu Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Hari Isnin...dua hari lepas Kakak Insyirah bawa balik borang Kem Kepimpinan Dan Kecemerlangan Pelajar 2015.Kakak cakap dia terpilih untuk ikuti Kem tersebut.Kem akan diadakan di Cheneh Recreation & Resort Kemaman,Terengganu selama dua hari dari 13-14 May 2015.Errmmm ermmm resort ke bukan kat sekolah ke??..Alahai,bab bab ni Umi lemah sikit.Tapi Kakak kata nak pergi OK jer takde masalah la Cikgu ada.Umi cakap tanya abah dulu..Bila abah dan bagi kebenaran dan tandatangan boleh la pergi..

Ok,abah bagi sebab Kakak Insyirah pandai bab pujuk memujuk abah.Tapi banyak la pesanan penaja bertauliah dari abah.Al maklum laa nak perempuan..Tambah pulak Kakak Insyirah cakap ada macam macam aktiviti seperti kawad, berkayak,jungle tracking,larian komando,flying fox,ceramah,aktiviti luar,latihan berkumpulan dan pelbagai lagi...Bimbang juga kita yang bergekar mak ayah ni..Tambah tambah anak perempuan,bimbang berganda ganda...Ok,untuk program selama dua hari ini,yuran yang dikenakan adalah RM50 sahaja..Selebihnya ditanggung oleh pihak sekolah.

Semalam Kakak Insyirah bawa balik senarai kelengkapan yang perlu di bawa...Semalam jugak la Umi dengan abah sibuk mencari barang keperluan yang nak di bawa.Kat rumah bukan takde barang yang diperlukan tapi takkan la nak bawa barang yang saiz besar besar,Nak pergu dua hari jer..Kena laa beli baran yang kecik kecik jer...Beli yang asas jer dan bawak jugak biskut,makanan ringan dan juga gula gula untuk sampingan.

 Kem Kepimpinan Dan Kecemerlangan Pelajar


Semalam,dalam duk sibuk menyimpan kelengkapan untuk di bawa..Umi dengan abah duk berpesan pesan macam macam untuk Kakak Insyirah.Bila keluar jer pesanan yang sama,mula la dia membebel sama..Umi dan abah dah pesan tadi..Tadi dah pesan..OK,OK Kakak tahu ...Ermmm gitu laaa..Ok sebab semua dah pesan dan barang barang semua dah siap maka semalam my princess tidur awal.Semangat la nak pergi...Semangat nooo dia kalau bab bab gini.


Ok pagi ni Umi dengan abah pergi hantar kat sekolah..Pesanan penaja ada lagi disaat saat akhir sebelum Kakak Insyirah bertolak.Kakak macam biasa la happy campur excited..Semua dia cakap OK,OK,OK..Umi pon OK laa..Selamat pergi dan selamat balik.Umi dan Abah doakan program yang dijalankan ini dapat memenuhi objektif yang ingin dicapai dan dapat memberi manfaat seperti yang diharapkan oleh pihak sekolah,ibubapa dan juga murid murid yang terpilih..Umi dan Abah doakan Kakak Insyirah dalam setiap sujud kami.Dalam setiap doa kami..InsyaAllah..Aaamin aamin..

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. masa tingkatan 1 pernah pergi Cheneh Recreation n Resort... tempat tu best, ada ostrich... tapi sekarang tak tahulah macam mana... :)

    harap2 balik kem nanti insyirah makin tip top.. :)

    BalasPadam
  2. Semoga kakak Insyirah dapat jaga diri bila berjauhan dengan keluarga.

    BalasPadam
  3. Wah... Semangat tuh... Bgus kecik2 g kem..

    BalasPadam
  4. Elok juga kem spt ni, lya prng juga ikut kem2 mcm ni time sklh rndh

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah bagusnya.. semoga mendapat ilmu yg bermanfaat utk kejayaan dunia dan akhirat... aamiin.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.