❤ Kuih Cek Mek Molek ❤
April 29, 2015
Salam Ukhuwah Fillah ..
Salam Rabu Sahabat ..
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...
Kuih Cik Mek Molek
Kuih Cek Mek Molek atau lebih dikenali sebagai Cek Mek ialah sejenis kuih tradisional yang amat popular di negeri Kelantan dan Terengganu.Ia diperbuat dengan ubi keledek rebus yang dilenyek dan diadun dengan tepung gandum sebagai adunan,gula sebagai inti,kemudian digoreng.Kuih Cek Mek Molek digelar sedemikian kerana bentuknya yang bujur dan licin - molek.Sangat sesuai dimakan pada waktu pagi dan juga petang.
Resipi Kuih Cek Mek Molek
Bahan Bahannya :
- Ubi Keledek
- Tepung Gandum
- Gula
Ubi keledek direbus bersama air dan juga sedikit garam sehingga empuk.Setelah empuk angkat dan toskan air.
Buang kulit ubi keledek
Setelah itu tumbuk ubi keledek yang telah dibuang kulit menggunakan lesung batu.Kalau tak nak tumbuk pon takpe boleh juga di lenyek menggunakan garfu.Lenyek hingga lumat.
Masukkan tepung gandum sesuai dengan isi ubi keledek.jangan terlalu banyak takut nanti adunan menjadi terlalu keras.
Kacau dan uli adunan sehingga menjadi doh.Ok adunan kita dahpun siap.Kat atas ni doh ya puan puan bukan bebola api tau...
Bulatkan doh menjadi bebola kecil dan leperkan.Proses seterusnya masukkan sedikit gula di tengah tengah adunan dan bentukkan menjadi bentuk bujur.
Bentukkan biar jadi macam ni.Bujur ..walaupun ada juga yang tak berapa nak bujur sangat.
Setelah selesai proses membentuk,boleh lah digoreng menggunakan minyak yang panas.Bila dah nampak kekuningan boleh lah di angkat.
Ok inilah bentuk Kuih Cek Molek yang berjaya Lya siapkan.Sangat sedap dan lazat.Lembut gebu gitu.Al maklum la semua adunan cukup.
PERINGATAN :- Jangan makan semasa panas kerana air gula kat dalam Kuih Cek Molek ni boleh mencederakan bibir anda jika makan semasa panas.
25 Sahabat Setia
Sedapnya , rasanya macam pernah makan kuih ni dulu..
ReplyDeleteperghhh gebus gebus betul kak lay punya cek mek molek.. mmg molek.. tp mmg kena pakai lesung batu eh?
ReplyDeletebestnya kuih cik mek molek . .
ReplyDeleteNak try buatla, da byk stok ubi kat umah
ReplyDeleteOooo...senang je....tp kan SA ada tgok org buat cek mek molek tp kan....dlm nyer ada kelapa yg mcm org buat sumbat ikan cencaru tu...aoa SA ckp ni....alaaaaa mcm cucur badak tu....tp bentuk mcm cek mek molek
ReplyDeletemacam menarik jer nak mencuba ni...he he he...nanti try...
ReplyDeletesdapnya..:)
ReplyDeletesedapnya
ReplyDeleteSally pun selalu buat kalau tak jumpa kat kedai..hahaha...sbb ni jela yg paling senang :P
ReplyDeleteAduhai sedapnya...:)
ReplyDeleteelok je bujurnya tu kak lya...
ReplyDeletebalik ni nak cari ubi kayu kat pasar tani lah... :)
dah agak lama tak buat cek mek molek ni...
ReplyDeletecomel lote cek mek molek puan Lya :)
ReplyDeleteSedapnya kalau buat minum petang, tambah pulak kopi o. Memang mantap
ReplyDeleteNama kuih ni cek mek molek rupanya...Ahha.. Along ske makan kuih ni..cumanya tak tahu nama..dekat nilai ni.. ada satu kedai yang along selalu beli kuih ni... :)
ReplyDeletetak pernah makan lagi kuih cek mek molek ni..
ReplyDeletetengok aje dah rasa terliur kita ni.. inshaAllah akan dicuba.. huhu
ReplyDeletesalam singgah!
oooo ni laa kuih cek mek molek...hehe pernah dengar xpenh pulak makan...
ReplyDeletesenang je rupenya cara nak buat kuih ni...2 hari lepas baru cuba makan..sedap lah..kalau ada masa nak cuba buat sendiri pulak...resepi mcm keria aje kan,,,
ReplyDeleteBuat breakfast sedap ni... menyelerakan... :)
ReplyDeletewahh, menarik.. sedapnyaa
ReplyDeleteaduhai...
ReplyDeleteLama tak makan Cek Mek Molek...
ReplyDeletePuas hati dpt buat kuih sndri..
ReplyDeletemesti manis ni ! hehe
ReplyDeleteAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.