Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Ahad Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Sedar tak sedar kita dah masuk bukan Mac rupanya.Seperti tahun yang lepas lepas,bila masuk jer bulan Mac ada laa sorang budak sibuk duk tanya perihal hari jadi,kek hari jadi,sambutan hari jadi dan jugak goodies untuk hari jadi.Pak pung pak pung soalan dia dah macam peluru berpandu.Alahai hari lahir dia laa jatuh bulan Mac.Patut pon dia punya soalan tu bertubi tubi.

Happy Birthday

Ok semalam dah siap tempah kek untuk hari lahir Akif.Akif punya kek semestinya pilihan hati dia..Coklat Cheese lerr tuu..Ambikk kau,kan dah kata..Kali ni ubah selera sikit nak buat kek ada gambar Upin & Ipin pulak sebab kawan kawan kat sekolah ramai yang bagitahu diaorang sambut bedayy kat umah beli kek gambar Upin & Ipin.Jadi si kecik ni dah terikut dan akhirnya nak jugak kek yang sama dengan kek kawan kawan dia.Jadi Umi tempah kek ikut selera anak Umi jer laa..Tahun ni Akif nak sambut kat Sekolah bersama kawan kawan.Dah tak sabar katanya...

Semalam pergi barang sikit untuk buat goodies bag bagi kat kawan kawan.Mak kau semua benda dia nak beli,sekejap itu sekejap ini,pendek kata semua benda la dia nak letak buat goodies bag..Adoii parah lerr anak Umi.Kalau boleh semua barang dia nak borong,sampaikan abah dia pon naik heran..Semua benda nak letak alamaknyer jenuh ler nak mengangkut.Ok lepas dia dah pilih dan Umi pon dah bayar,terus masuk kereta dan bergerak ke kedai basikal.Abah nak beli basikal nak buat surprise untuk Akif jadi saja saja jer bawak dia nak tanya mana yang dia suka.Hehehe warna hijau jugak dia suka.Tak cakap pon nak beli cuma cakap Umi nak tengok tengokjer.Hehe.Kan kalau cakap nanti,kebetulan pulak abah takde masa nsk g beli mahu menangis di buatnya.Jadi JANGAN cakap lagi..

Kek dah tempah,barang barang untuk goodies bag pon dah beli jadi kita tunggu jer laa majlis Akif dalam masa terdekat ni.Umi pula yang tak sabar menunggu.Tungguuuu..

#blogger #bloggermalaysia #blogakifimtiyaz3 #parentingblogger #kelabbloggerbenashaari #exchangefeedblog #exchangefeedgroup