Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Isnin Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...
10 Tips Sihat Untuk Wanita
Banyak faktor yang menyebabkan kita diserang penyakit yang sangat mengacam diri kita dalam zaman yang serba moden ini.Penyakit jantung,kanser,strok atau penyakit paru-paru yang kronik,Semua ini boleh dirawat atau dicegah jika kita mengalihkan perhatian padanya.
Tips Untuk Hidup Sihat
❤- Jangan Merokok
- Merokok adalah salah satu penyebab kematian di Amerika.Jika anda seorang wanita merokok, risiko anda diserang penyakit jantung dan kanser sangat tnggi khususnya jika anda menggunakan alat pencegah kehamilan.Hati-hati terhadap asap rokok di tempat kerja atau rumah juga kerana ianya akan meningkatkan risiko.
❤- Mengekang Kolesterol.
- Kolesterol yang tinggi merupakan faktor risiko terbesar diserang penyakit jantung dan secara tidak langsung meningkatkan risiko serangan strok. Menurut Persatuan Jantung Amerika Syarikat,seorang wanita pada usia 55 tahun kecenderungan kolesterol akan lebih tinggi berbanding lelaki.Cubalah untuk diet!
❤- Perhatikan Berat Badan Anda.
- Ini adalah masalah kesihatan bukan masalah sia-sia.Wanita mempunyai kecenderungan peningkatan tekanan darah tinggi jika berat mereka 20 pound atau diatas berat yang disyorkan.Selanjutnya,jika anda terlalu gemuk,terutama disekitar pinggang,anda berisiko besar untuk beberapa masalah kesihatan seperti diabetes,penyakit jantung dan strok. Elakkan terlalu banyak makan karbohidrat, gula dan makanan berlemak.
❤- Banyakkan Makan Sayur-Sayuran
- Suatu diet yang kaya dengan sayur-sayuran dan buah-buahan berkaitan dengan kolesterol rendah. Beberapa kajian menganjurkan suatu hubungan antara makan sayur-sayuran dapat mengurangkan risiko kanser,berbanding menghabiskan masa untuk memutuskan sayuran mana yang akan dimakan untuk mencegah penyakit tertentu.Memfokuskan pada bermacam-macam sayur-sayuran segar seperti sayur-sayuran berdaun hijau,labu kuning,lobak,brokoli,tomato,bawang putih dan bawang bakung. Semua ini adalah baik untuk anda.
❤- Elakkan Makanan Yang Berlemak.
- Diet yang ketat terhadap lemak dihubungkan dengan peningkatan risiko macam-macam kanser. Kajian pada masyarakat negara-negara yang melakukan diet makanan berlemak secara konsisten menunjukkan kemalangan berat dan kematian kerana kanser usus dan payu dara. Cadangan pelaturan diet adalah untuk menurunkan jumlah lemak yang ada sampai 30% daripada kalori. Sumber lemak adalah keju atau marjerin, minyak goreng, daging dan semua produk-produk susu. Jika anda memakai minyak, pakailah minyak zaitun.
❤- Berehat.
- Ini sangat penting bagi tubuh anda untuk rileks.Anda boleh melakukan beberapa cara seperti meditasi,bernafas yang panjang,atau membaca merupakan cara untuk rileks.Yang lebih baik,berjalan kaki,anda akan merasa tenang.
❤- Bersukan.
- Beberapa sukan dapat menolong anda hidup lebih sihat bahkan hidup anda akan lebih produktif. Kajian baru-baru ini mencadangkan bahawa perubahan yang mudah dalam rutin hidup anda sehari-hari akan menguntungkan untuk kesihatan.Sehingga jika anda tidak bersedia untuk berpeluh pada saat bersenam,cubalah letak kereta anda agak jauh dan berjalan,naiklah tangga daripada lif dan bermain gantungan dengan anak anda.Yang penting adalah jika pilihan itu ada,pilihlah untuk tetap bergerak.Bergerak bergerak dan bergerak lagi..
❤- Test Pap Smear Secara Teratur.
- Ini akan mengesan perubahan yang berlaku pada pangkal rahim anda.Pemeriksaan keadaan ini akan mengelakkan penyebaran kanser.
❤- Jaga Tekanan Darah Anda.
- Lebih tinggi tekanan darah anda,semakin tinggi pula risiko diserang penyakit jantung.Sentiasa berjumpa dengan doktor anda untuk membincangkan langkah yang perlu anda ambil untuk tetap menjaga tekanan darah pada tahap yang sihat.
❤- Periksa Payudara Anda Secara Teratur
Pemeriksaan payudara oleh doktor atau jururawat dan tanyalah pada doktor bila anda perlu memulakan mammogram secara teratur. Pengesanan awal merupakan pencegahan.
Semoga Bermanfaat.
Sember : Group WhatsApp
18 Ulasan
tq for sharing
BalasPadamthanks for sharing lya...
BalasPadamNice sharing kak lya..
BalasPadamWanita memang tak 'cantik' kalau merokok pun kan. Buat menyampah adalah..
BalasPadamlelaki pon sama..cuma yg 4 cara terkebelakang tu lelaki xleh buat...haha.
BalasPadambagus nii ^^
BalasPadaminfo yg bagus.. bonde mengamalkan ini...
BalasPadam❤- Bersukan.
- Beberapa sukan dapat menolong anda hidup lebih sihat bahkan hidup anda akan lebih produktif. Kajian baru-baru ini mencadangkan bahawa perubahan yang mudah dalam rutin hidup anda sehari-hari akan menguntungkan untuk kesihatan.Sehingga jika anda tidak bersedia untuk berpeluh pada saat bersenam,cubalah letak kereta anda agak jauh dan berjalan,naiklah tangga daripada lif dan bermain gantungan dengan anak anda.Yang penting adalah jika pilihan itu ada,pilihlah untuk tetap bergerak.Bergerak bergerak dan bergerak lagi..
nice sharing kak lya
BalasPadammmg la skg ni pnyakit semua puca dari pemakanan kite jugak
good sharing dear ;)
BalasPadamsmoga kita dpt mngamalkan kehidupan yg shat :)
BalasPadamAda sebahagiannya tu pun penting buat lelaki.. thanks sharing Lya
BalasPadamMana satu yg wah tu tuan MKL.. :D
BalasPadamJom kita amalkan gaya hidup sihat
BalasPadammcm saya selalu berjalan kaki je.. janji bergerak aktif kan heheheh
BalasPadamtest pap smear? ngeri pulak rasa...x pernah buat!
BalasPadambila perhatikan berat badan..hati mula gelisah..pantang nampak makanan terus lapar...mcm mana nhi huhuhu
BalasPadampenting menjaga kesihatan demi kecantikan dan kesejahteraan family
BalasPadamnice tips Kak Lya.. CT dalam usaha nak turunkan berat badan..
BalasPadamadus bila suka makan ni nak diet memang ujian sangat2.. hahaha..
Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.