❤ Kutip Kulit Remis - Bukan Remis Tapi Kulit Jer !!! ❤
December 09, 2014
Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Selasa Sahabat...
Kalau pergi pantai jer mesti ada benda yang Akif nak buat.Kalau tak main air dia akan cari jugak benda lain kat kawasan pantai untuk buat aktiviti.Kebetulan masa singgah kat Pantai Kijal baru2 ni banyak betul kulit remis kat tepi pantai.Apalagi dia kutip banyak2 nak buat balik kat rumah katanya.Alahai takde benda lain ke nak kutip,nak oiii..kulit remis jugak yang dikutipnya.Ntah apa la yang dia nak buat dengan kulit remis tu Lya pon tak tau.Tapi memang syiokkk betul tengok dia berlari2 duk cari kulit remis.Kulit jer pon,kalau la ada yang berisi best la jugak kutip,boleh la buat lauk makan nasi.Ni kulit jer huhuhuhuhu...
Sahabat Lya tahu tak apa benda remis tu ??
Remis merupakan sejenis moluska bercangkerang yang tinggal di kawasan pantai berpasir.Remis akan naik ke tepian pantai secara bermusim dan ianya boleh dimakan.Remis mempunyai pelbagai corak yang unik dan berjalur.Ada juga yang tidak mempunyai corak.Ianya mempunyai warna tertentu seperti hitam,
putih,kuning,kelabu dan juga coklat.Cara mencari remis agak unik dimana anda hanya perlu mengorek pasir sedalam kira-kira 2-3 inci bagi mencari spesis siput tersebut kerana remis hanya terdapat dalam pasir laut kira-kira satu meter dari gigi air laut.Nak cari remis ni memerlkukan kesabaran kerana bukan semua tempat di kawasan pesisir pantai menjadi habitat remis.
Ni ler rupa sebenar remis... ( Gambar Mr Google )
Banyak jugak kulit remis yang Akif dapat ..Nak jual ke tu??
Tak tau nak letak kat mana,letak jer la dalam tapak tangan ..
Heheehe syiokk betul dia tak sedar dah Umi snap gambar ..
17 Sahabat Setia
http://madey09.blogspot.com/2014/12/blogger-malaysia-review-by-etuza-siri-4.html Asalam Lya-Akif juga..rajin akif petang ni ya..buat apa akif..nanti bagi uncle tengok hasil ciftaan akif dari kulit kerang tu ya...)
ReplyDeleteKalau ada bakat dan kemahiran, boleh dijadikan kraftangan ni..
ReplyDeletehihihi mesti seronok berlari lari ditepian pantai,,, kulit remis pom remissss lah akif oiii hihi
ReplyDeletedulu kekecik suka cari kat Pantai Kuala Sg Baru..seronok...balik rebus...perghhh...rindu plak saat tu..
ReplyDeletesama macam anak saya..pi panmtai habis semua jenis kulit dia kumpul.kulit kerang yang orang bakar buang2 tepi pantai tu pun dia kutip..heheh
ReplyDeletedulu2 pun suka pergi pantai main kutip2 kulit kerang lah . skarang dah besar tak buat dah. hahaha :)
ReplyDeleteBoleh buat barang perhiasaan kulit remis tu kak lya.
ReplyDeleteWahh banyak koleksi tu... boleh letak dlm botol atau balang buat hiasan kreatif kat bilik.. :)
ReplyDeleteZa panggil lala..heheh..dulu rajin jugak kumpul kulit dia..
ReplyDeleteencem... :-))
ReplyDeletelagi best kalau dapat kutip yang hidup boleh buat lauk..yang kering macam ni buat craft pun cantik kak ..rajin betul akif mengutip semua tu ye
ReplyDeleteBoleh buat hiasan juga tu..
ReplyDeleteAkif nak buatpe dengan kulit remis tu?
ReplyDeleteHabislah nanti mak dia nak masakkan kenelah makan:)
biasa cari ketam je tepi pantai , tu pon kalau ada :) huhuu
ReplyDeleteMcm kerang kan, blh buat hiasan tu
ReplyDeleteboleh buat hiasan nie.. jadi pokok bunga..hihi
ReplyDeleteRajinnya akif kutip kulit remis :)
ReplyDeleteAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.