Salam Maal Hijrah 1 Muharram 1436H

Salam Ukhuwah Fillah...
Selamat Tengah Hari Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...



 Sejarah dalam peristiwa hijrah Baginda Rasulullah s.a.w menuntut untuk kita sama-sama menghayati kesungguhan, ketabahan dan kesusahan yang dialami oleh baginda dan sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar keagungan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat.Oleh yang demikian wajarlah kita mengkaji dan merenung kembali sirah penghijrahan Rasulullah s.a.w dan peranannya dalam pembangunan insan sejagat...

Salam MAAL HIJRAH untuk sahabat2 Blog Akif Imtiyaz3 !!

Mulakan HARI BARU di TAHUN YANG BARU ini dengan sebuah KUASA HIJRAH DIRI luar-biasa menuju REDHA ILLAHI !! InsyaAllah ..

Ya Allah,
sesungguhnya telah datang kepada kami tahun baru setelah kami meninggalkan tahun ini sebentar nanti, kami tidak tahu apakah yang terkandung dalam pengetahuan-Mu mengenai diri kami.

Kami jahil ke mana arahnya penghidupan kami di alam maya ini Ya ALLAH!

Lalu Ya Allah..
Harapan kami agar Engkau membuka lembaran tahun baru ini pintu taubat yang jujur dan tulus untuk kami, yang tidak berakhir dengan kekufuran dan kesesatan. Dan Engkau kurniakan taufiq kepada kami pada tahun ini untuk melakukan amalan-amalan soleh yang Engkau redai, kehidupan yang murni yang Engkau rahmati.

Ya Allah,
Peliharalah anggota kami agar melakukan ketaatan kepada-Mu. Peliharalah hati kami agar dipenuhi dengan kecintaan. Lapangkan hati kami agar dapat kami mendekati-Mu seperti mana Engkau telah lapangkan hati hamba-hamba-Mu yang soleh.

Ya ALLAH..
Jadikan kami di antara orang-orang yang menepati janji dalam menjalankan hak. Jadikan kehidupan kami sebagai saksi yang benar terhadap setiap amalan seperti mana yang Engkau syariatkan kepada kami, Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penganugerah.

Ya ALLAH..
Angkatkanlah IMPIAN & HARAPAN kami untuk tahun ini Ya Allah.. makhbulkanlah ia.. bukakanlah peluang dari segala sudut untuk kami memperolehinya tatkala masanya tiba untuk kami. Melalui REZEKI itu kelak.. BERKAHILAH ia.. Limpahkanlah lebihan luar biasa agar kami dapat pergi menunaikan HAJI dan duduk berwukuf mengadapMU di AKHIR tahun ini kelak.

Aamin.. aamin ya Rabbal 'alaminn...

Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. assalamualaikum lya...salam maal hijrah...hijrah menuju kebaikkan..:)

    BalasPadam
  2. Semoga kita semua sentiasa diredhai oleh-Nya.

    BalasPadam
  3. salam maal hijrah sis..

    BalasPadam
  4. smoga tahun baru Hijrah kalini mmberi keberkatan pd kita semua aminnn




    salam kenal,
    ana-mizu.blogspot.com

    BalasPadam
  5. Asalam. Selamay menyambut maal hijrah kali ini.

    BalasPadam
  6. salam maal hijrah kak lya.
    jangan lupa baca doa akhir tahun dan doa awal tahun.

    BalasPadam
  7. Aaamin ... Salam Maal Hijrah ..Terima kasih Sudi Singgah Ya Ummi Azzlina..Ok Nanti Lya Balas Kunjungan ... Salam Ukhuwah Fillah Sahabat ...

    BalasPadam
  8. Ulang balik.. Salam Maal Hijrah Lya. Semoga bersama kita semua diberi jln kejayaan & kehidupan yg diberkati Allah swt... aamiin. :)

    BalasPadam
  9. Selamat tahun baru buat kak lya dan keluarga
    Semoga thun akan datang lebih diberkati
    Aminn

    BalasPadam
  10. Kak Lya, sempena maal hijrah ni ana dah pun berhijrah. Hijrah tempat keje. Hehe. Insya-Allah hati jugak akan berhijrah ke arah lebih baik. Aminn..

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.