Notis Gangguan Bekalan Air Berjadual Di Wilayah Sepang,Hulu Langat,Petaling Dan Gombak

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Rabu Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...


NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL DI WILAYAH SEPANG, HULU LANGAT, PETALING DAN GOMBAK

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan terdapat beberapa kawasan di Wilayah Sepang, Hulu Langat, Petaling dan Gombak akan mengalami gangguan bekalan air sementara akibat kerja-kerja pembaikan kecemasan di saluran paip air mentah oleh Konsortium ABASS Sdn Bhd di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih, dan pada masa yang sama pihak SYABAS melaksanakan empat (4) kerja menaiktaraf sistem bekalan air di kawasan berkenaan. Kesemua kerja tersebut telah diluluskan oleh Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Berikut merupakan tarikh perlaksanaan kerja-kerja tersebut:-

SEBAB-SEBAB GANGGUAN

Kerja-Kerja Pemasangan Injap Kekupu 1500MM Pada 'Tee-Off' dari Jajaran 1800MM 'Outlet' Kolam Imbangan Semenyih

TARIKH/MASA GANGGUAN

9 Oktober 2014 (Khamis), 9.00 pagi hingga 9.00 malam.

KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT

Wilayah Sepang

Bandar Baru Salak Tinggi; IOI; MARDI; Suria Tropika; D'Alpinia; Jenderam Hilir; 16 Sierra; Sungai Buah; UNITEN dan Depoh Minyak, Lestari Permai; Prima Tropika; Taman Alam Putra

Wilayah Petaling

Bandar Bukit Puchong; Bandar Putra Permai; Bukit Puchong; Bukit Serdang; Bukit Serdang 5 - 8; Kota Perdana; Lestari Perdana; Meranti Puchong; Lestari Puchong; Perindustrian Bukit Serdang; Pinggiran Putra; Pusat Perdagangan Seri Kembangan; Saujana Puchong; Serdang; Serdang Lama; Serdang Perdana; Serdang Raya; Taman Puchong Utama; Sri Andalas; Sri Kembangan; Sri Serdang; Taman Bukit Serdang; Taman Puncak Jalil; Taman Equine; Keseluruhan Batu 13 dan Batu 14 Puchong; Taman Universiti Indah; UPM; MARDI; Taman Serdang Utama; Taman Jinma; Taman Dato Demang; Pasar Borong Selangor; HOSPITAL SERDANG; R&R Serdang Arah Utara dan Selatan; Plaza Tol UPM; Plaza Tol Sungai Besi KL - Seremban; Plaza Tol LDP R&R Air Hitam Puchong; Plaza Tol LDP Puchong Selatan; Lestari Putra 1 hingga 5; ASTRO bukit Jalil; Desaminium; Puchong Gateways dan Pusat Latihan Standard Charted Sungai Besi - Bukit Jalil.

Wilayah Hulu Langat

Seksyen 1 hingga Seksyen 4 Bandar Baru Bangi; Seksyen 6 hingga Seksyen 10 Bandar Baru Bangi; Seksyen 15 dan 16 Bandar Baru Bangi; Bandar Sri Putra; Taman Impian Putra; Taman Bangi Villa; Taman Bangi Indah; Bandar Bukit Mahkota; Pekan Bangi Lama; Kampung Bangi; Rumah Murah PKNS Bangi; Bangi Estet; Kampung Aman Bangi; Taman Permai dan Taman Sri Bangi, Bangi Lama; Taman Angsana, Bangi Lama; Taman Wawasan Seksyen 14; Kampung Teras Jernang; Desa Mahkota Bangi; Mutiara Bangi Seksyen 2;Taman Jernang Jaya; Kawasan Perindustrian Bangi Seksyen 13; Taman Tasik Semenyih; Universiti Nottingham; Perumahan Jalan ke Pekan Broga; Bandar Rinching Seksyen 2 hingga 4; Kampung Rincing Hilir; Kampung Kuala Pajam; Kampung Jalan 6 Kaki, Beranang; Kampung Sungai Kembung Hulu & Hilir; Kampung Batu 5 Bangi Lama; Kampung Sungai Purun, Semenyih; Taman Dalma dan Taman Impiana, Semenyih; Plaza Tol Semenyih, LEKAS; Kawasan Perindustrian Batu 1 dan 2; Tiara East, Jalan Broga; Semenyih Indah; Semenyih Mewah 2 dan 3; Taman Desa Serdang; Taman Bukit Gita Bayu; Jalan Dagang, Taman Sungai Besi Indah; Mines Resort; Bluewater Estate; Kilang Berhampiran Minlon; Pangsapuri Heritage Mines; KUIS; Agensi Nuklear Malaysia; Institut Genom Malaysia; Kampung Bahagia, Bangi Lama; UKM MTDC; Bangi Avenue, Bangi Lama; Plaza Tol Bangi, Lebuhraya KL-Seremban; Taman Impian Putra; Taman Bangi Indah; Kampung Teras Jernang; Taman Permai; Kompleks Mahkamah Syariah, Balai Polis BB Bangi, Balai Bomba Bangi, Sekolah Integrasi Bangi, Bangi Utama Shopping Complex & Kawasan Komersil Medan Bangi; Pekan Bangi Lama; Taman Bangi Villa; Taman Sri Bangi; Bangi Golf Resort; UKM Lingkungan 1 dan 2; Taman Universiti; Taman Vista Emas Sungai Tangkas;Alam Sari; Jalan Selamat, Jalan Masjid, Jalan Dato Dagang, Jalan Dusun, Jalan Selamat, Jalan Imam Kg Sg Ramal Dalam; Pusat Komersial Seksyen 8 & 9; Kajang Impian; Desa Surada dan Jalan Abim Sungai Ramal; Kolej Darul Hikmah; Taman Berjaya Baru Sungai Chua; Taman Bidara, Sungai Chua; Taman Sepakat Indah; Taman Kajang Mewah; Seksyen 5 Tambahan; Taman Berjaya; Taman Berjaya Baru; Taman Pasir Emas; Taman Taming Emas; Kampung Baru Cina Sungai Chua; Taman Semarak; Taman Kajang Raya; Taman Desa Kekwa; Taman Bidara; Taman Koperasi LLN; Taman Putra Kajang; Taman Kajang Indah; Kawasan Perindustrian Selaman & Miel Bangi, Seksyen 10 BB Bangi; Kampung Sungai Tangkas dan Seksyen 4, 5 dan 15 Tambahan, Bandar Baru Bangi.

SEBAB-SEBAB GANGGUAN
Kerja-Kerja Penggantian Injap 600MM di Jalan Chan Chi Moi, Setapak Wilayah Gombak
TARIKH/MASA GANGGUAN
9 Oktober 2014 (Khamis), 9.00 pagi hingga 9.00 malam.
KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT

Wilayah Gombak

Air Panas Setapak; Hospital Columbia; Jalan Semarak; Taman Danau Kota; Taman P.Ramlee; Taman Desa Gombak; Langgak Bukit; Kampung Padang Balang; Kampung Puah; Kampung Bandar Dalam; Taman Prima Setapak; Kampung Sungai Merali; Jalan Genting Kelang; Jalan Langkawi; Jalan Pahang dan Batu 3 hingga 5, Gombak.
Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan berlakut. SYABAS berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara ini akan bersabar dan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut; sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL<jarak><aduan/pertanyaan>, dan hantar ke 39222. Informasi ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan ’facebook’ dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.

Harap Maklum.

SUMBER : KLIK SINI

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Seb baik tak kena... Bertabah je la...

    BalasPadam
  2. susah kalau takde air ni...mujurlah area Gombak tempat saya tak terlibat...

    BalasPadam
  3. Alahaii..kalau weekend okay lagi kann

    BalasPadam
  4. huh... alhamdulillah Ampang tak kena -_-

    BalasPadam
  5. masalah besar jika ada gangguan air Lya, serba tak kena, garap ada stok air, kalau berpanjangan kena lah sabar.

    BalasPadam
  6. Legaaa sgt tempat ana tak kena. Kalau tak, memang nangis laa jawabnye. Haha

    BalasPadam
  7. ada notis cm ni ok la.. bole prepare.. especially yg ade anak kecil

    BalasPadam
  8. terima kasih berkongsi...nak kena bersedia macamni...

    BalasPadam
  9. info berguna ni..

    BalasPadam
  10. Saya duk Gombak, tapi area rumah saya nie x terlibat plak, sebaik ...

    BalasPadam
  11. Owh.. Ptt la suami ckap xde air tadi..

    BalasPadam
  12. alhamdulillah . wpun tersenarai tetapi gangguan x berlaku di sini . begitu juga semasa catuan air beberapa bln lepas . tpt saya ni kebal . ada org 'besar' agaknya . maklumlah saluran paip sama ...

    BalasPadam
  13. Air talak, mandi pon talak syok.. thanks sharing info.. :)

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.