Gerhana Bulan Penuh 8 Oktober 2014

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Rabu Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Pagi tadi Lya dapat mesej kat WhatsApp mengenai Gerhana Bulan yang dijangka akan berlaku pada hari ini,8 Oktober 2014 bersamaan 13 Zulhijjah 1436H.Pada waktu Maghrib,kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh.Ini merupakan gerhana bulan kali ke-2 berlaku untuk tahun 2014.Kali terakhir ia berlaku ialah pada 15 April 2014,tetapi ia tidak dapat dilihat dari langit Malaysia.

Gerhana Bulan
Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya.

Jenis-Jenis Gerhana Bulan

Gerhana Bulan Penuh
Pada gerhana ini,bulan akan tepat berada pada daerah umbra.Gerhana penuh berlaku apabila keseluruhan jasad bulan memasuki ke dalam kawasan umbra dan kelihatan terapung-apung di angkasa tanpa cahaya. Di bumi kelihatan berwarna merah tembaga, sebagai kesan pembalikan cahaya dari luar kawasan umbra. Peringkat gerhana bulan penuh bermula apabila bulan memasuki kawasan penumbra, selepas itu sedikit demi sedikit bulan memasuki kawasan umbra.Jangka masa bulan berada di kawasan umbra adalah di antara 50 hingga 102 minit.

Gerhana Bulan Sebahagian
Pada gerhana ini, tidak seluruh bahagian bulan terhalang dari matahari oleh bumi.Sedangkan sebahagian permukaan bulan yang lain berada di daerah penumbra.Sehingga masih ada sebahagian sinar matahari yang sampai ke permukaan bulan.

Gerhana Bulan Penumbra
Pada gerhana ini,seluruh bahagian bulan berada di bahagian penumbra.Sehingga bulan masih dapat terlihat dengan warna yang suram.

Untuk fenomena gerhana bulan 8 Oktober ini, terdapat 2 senario berbeza untuk masyarakat di Semenanjung, dan di Sabah & Sarawak.Namun secara umumnya kita di Malaysia akan dapat melihat Bulan terbit dalam keadaan sudah bermulanya fasa gerhana.

Jika anda berada di pantai timur Semenanjung, seperti di Kuantan, anda berpeluang melihat fasa gerhana ini lebih awal sikit, iaitu ketika ia sedang berada di Puncak Fasa Gerhana Penuh, iaitu jam 6:55 pm (sehinggalah tamat).

Maklumat Mengenai Gerhana Bulan 8 Oktober 2014 
Gerhana Penumbra bermula : 4.15 petang
Gerhana Bulan Penuh bermula : 6.25 petang
Kemuncak Gerhana Penuh : 6.55 petang
Gerhana Bulan Penuh tamat : 7.23 malam
Gerhana Bulan Penuh tamat (umbra) : 8.34 malam
Gerhana Penumbra tamat : 9.33 malam

Bersempena dengan peristiwa gerhana ini,umat islam adalah digalakkan menunaikan Solat Sunat Gerhana serta Khutbah Gerhana diantara jam 7:30 malam hingga 8:34 malam.Di samping itu umat islam juga digalakkan memperbanyakkan amalan bersedekah dan berzikir.

Gerhana bulan merupakan peringatan Allah SWT untuk seluruh manusia agar patuh dan setia di atas perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya.

Cara Solat Sunat Gerhana Bulan

Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : 
as-Solatu Jaami’ah (Solat berjemaah)

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Cara & Bilangan Rakaat

Terdapat 3 cara melaksanakan solat sunat gerhana iaitu;

1.Yang terlebih sempurna ialah dilakukan 2 rakaat dengan setiap rakaat 2 ruku’ dan 2 qiyamyang dipanjangkan bacaan surah dan tasbihnya pada kedua-dua rakaat (Kesimpulannya: jumlah ruku’, qiyam dan sujud adalah sebanyak 4 kali dalam dua rakaat solat sunat gerhana). Ini adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. bersama para sahabatnya dan melibatkan masa yang amat panjang. Kadar panjang bacaan surah ialah surah al-Baqarah (286 ayat) dalam qiyam pertama, sirah Aali Imran (200 ayat) dalam qiyam kedua, surah al-Nisa’ (176 ayat) dalam qiyam ketiga, dan surah al-Ma’idah (120 ayat) dalam qiyam keempat). Kadar panjang tasbih ialah sekadar bacaan 100 ayat dalam ruku’ dan sujud pertama, sekadar bacaan 90 ayat dalam ruku’ dan sujud kedua, sekadar bacaan 70 ayat dalam ruku’ dan sujud ketiga, dan sekadar bacaan 50 ayat dalam ruku’ dan sujud keempat.

2.Yang lebih sempurna dilakukan 2 rakaat dengan 2 kali ruku’ dan 2 kali qiyam,dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat. Ini adalah cara yang sederhana dan tidak memakan masa yang lama.

3.Sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa.Ini adalah cara dan bilangan rakaat yang paling minimum dan melibatkan tempoh yang singkat.

Huraian Cara Kedua (Sederhana Panjang)
Berikut adalah huraian cara solat gerhana dalam tempoh yang sederhana iaitu sekitar 30-40 minit berdasarkan pengalaman menunaikan solat gerhana bulan pada hari Selasa 15 Syaaban 1428 bersamaan 28 Ogos 2007 lalu. Turut dicadangkan bacaan surah-surah pilihan daripada juzuk ke-30 yang lebih dikenali di kalangan masyarakat kita dengan ’ayat-ayat lazim’.

(Rakaat Pertama)
1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Isti’azah. (أَعُوْذُ بِالله مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ)
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca surah dalam qiyam pertama. Dicadangkan membaca surah surah al-Baqarah (ayat 1-25) atau surah al-A’laa (19 ayat).
6. Ruku’ (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih).
7. Iktidal dan qiyam kedua, membaca surah al-Fatihah dan surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 26-48) atau surah al-Ghaasyiyah (26 ayat).
8. Ruku’ (kedua) dengan membaca tasbih (90 kali tasbih).
9. Iktidal.
10. Sujud (pertama) dan membaca tasbih (100 kali tasbih).
11. Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).
12. Sujud (kedua) dan membaca tasbih (90 kali tasbih).
13. Berdiri ke rakaat kedua.

(Rakaat Kedua)
1. Qiyam ketiga dan membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 49-61) atau surah al-Syams (15 ayat).
3. Ruku’ (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih).
4. Iktidal dan qiyam keempat, membaca surah al-Fatihah dan membaca surah. Dicadangkan membaca surah al-Baqarah (ayat 62-74) atau surah al-Zalzalah (8 ayat).
5. Ruku’ (keempat) dengan membaca tasbih (50 kali tasbih).
6. Iktidal.
7. Sujud (ketiga) dan membaca tasbih (70 kali tasbih).
8. Duduk antara 2 sujud (sunat dipanjangkan tempohnya).
9. Sujud (keempat) dan membaca tasbih (50 kali tasbih).
10. Membaca tasyahhud akhir.
11. Memberi salam & imam bangun menyampaikan dua khutbah.

Sumber : Mr Google

Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. teringin nak tengok.. selalu tgk gambar je.. huhu

    BalasPadam
  2. Samalah teringin nak tengok gerhana bulan..

    BalasPadam
  3. Zumal nak tengok la petang nie ^_^

    BalasPadam
  4. Subhanallah...tanda kebesaran Allah. Moge direzkikan tgk gerhana bulan. Aminn.

    BalasPadam
  5. In shaa Allah... Thanks sharing Lya.. :)

    BalasPadam
  6. lengakp entry ni ... rasanya thn ni banyak berlaku gerhana bulan ...

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah dapat tengok tadi dari dah penuh hingga nak habis..

    BalasPadam
  8. Agak kelam malam ini...xnampak bulan.

    BalasPadam
  9. Tak sempat tengok pun ... Rugi jerrr

    BalasPadam
  10. Saya sempat tgk selepas jam 8 malam

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.