Fenomena Mangga Asam Boi

Salam Ukhuwah Fillah...
Selamat Malam Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua...
SUMBER GAMBAR : MR GOOGLE 

Sejak dua menjak ni kan ramai betul kawan2 Lya kat FB duk post pasal Mangga Asam Boi..Bila Lya tengok jer rupa bentuk dia kecur air liur kejap..meleleh leleh air liur rasanyerr .Rasa cam nak makan time tu jugak.Tapi nak buat camner takde bahan nak buat.Tengok kat FB kawan2 jer la.Lepas sorang datang lagi sorang duk pos benda ni kat FB .Ada yang dah siap buat pon.Siap post gambar lagi kat FB..

Kalau sorang dua tak heran la kan.Tapi ni dah berpuluh2 kawan yang cakap pasal ni terasa jugak kita nak ambik tahu..Tambah2 kita pon suka jeruk2 bagai.Terliur la kita.Kita cam rasa nak ngap jer gambar tuuu sebab geram benorr tgk .Dah la tengok sambil telan air liur..Rasa cam seksa gitu huhuhuhuhu.Kita nak jugak nak jugak Mangga Asam Boi tu..Kalau umah kita ni ada mangga muda camtu kita pon dah lama ketung ketang kat dapur tauuuu..Tapi nasib kita .Umah kita tak der la buah mangga muda huhuhuhu...

Ok takpe la kita malas nak rajuk rajuk tapi kita nak kongsi resipi la.Resipi Mangga Asam Boi..Nanti kalau kita kongsi kat sini kita nak buat kita tengok jer kat sini .Saper2 nak buat meh sini kita belajar cara nak buat Mangga Asam Boi ni..Tapi kan kan kan ..Kita masih jelesss la kita nak jugak makan sekarang ni, huhuhu..takde ke orang dekat2 yang boleh bagi kat kita cikittt pon jadik laaa..Lya ni melebih2 la pulak .Mesti korang cakap camtu dalam hati kan kan kan ??? Hahahaha drama la sangat ..

Resipi Mangga Asam Boi 

Bahan Bahan Yang Di Perlukan 

- Opkosss la nak kena ada mangga muda tak kisah la banyak mana pon ..
 - Asam boi beli la setakat mana nak makan heheheehe ..
-  Sedikit garam
-  Gula 
-  Cili padi nak pedas letak banyak tak nak pedas letak sikit

Cara-Cara 

- Masukkan semua bahan kat atas tu ke dalam bekas 
- Gaul sebati dengan cara menggoncangkan bekas
- Dah siap goncang,masukkan dalam peti ais semalaman
- Ok esok dah boleh makan dah 
- Senangnyerrr ...Memang senang ...!!!

Ok Lya nak bagitahu jugak selain mangga muda boleh jugak guna buah epal hijau ..Alahai tak tahu pulak boleh guna epal hijau..Ni baru tahu ..Pasni kalau tak jumpa jugak mangga muda Lya nak buat guna epal hijau jer laaaa ..Aduhai tetiba terliur ni ..Cam mengidam la pulak ..


Catat Ulasan

26 Ulasan

  1. kita pun buat tadiiiii,tapi mengada nak tambah jambu batu,haha

    BalasPadam
  2. ya allah memang terliur tgk ni..ada yg guna epal hijau, jambu batu..sedapnyeee tapi malas nak buat sendiri..kiki

    BalasPadam
  3. Buah jambu dengan betik muda pun boleh. Memang femes jeruk ni sekarang. :)

    BalasPadam
  4. mangga dah buat jeruk ... terlepas lah nak mencuba yg ini ... huhuhuuu

    BalasPadam
  5. Lama dah tak makan ni Lya. Tak berapa suka, tp klu ada boleh je makan. Sekali sekala layan gak.. :D

    BalasPadam
  6. dah jadi viral jeruk mangga asam boi ni..kecur air liur haihh

    BalasPadam
  7. owh kena ada asam boi yg putih tu ea... anguk2 tanda faham ..mcm la nak buat !!

    BalasPadam
  8. huwaaaa memang terliur... tapi gigi sensitif dengan benda masam.... sobss..... berdenyut2 rasa gusi ni..... tapi terliur.... sedap ni...

    BalasPadam
  9. asalam..hummm!!! para wanita mesti inilah kegemaran..)

    BalasPadam
  10. fenomena sungguh. semalam je rakan dah show off kat FB dia buat jeruk ni. Tengok terliur je lah.

    BalasPadam
  11. Sedapnya... kecur ayaq liur baca entry ni hihi...

    BalasPadam
  12. sedap ni..memang ramai betul peminat jeruk ni..sampai jd viral

    BalasPadam
  13. memang kecur air liur kak lya... aduhaii.. sedapnyee.. nie tgh menaip nie.. berapa kali telan air liur..hukhuk.. nak mangga nak mangga...huhuhu

    BalasPadam
  14. Haah tiba-tiba femes. Senang je nak buat rupanya. Nak trylah! Hihi.

    BalasPadam
  15. adik pun siap whatssap resepi mangga nie..buat terliur dah nie

    BalasPadam
  16. belum terliur lagi buat masa ni..hahaha

    BalasPadam
  17. mmg betui pun.. fenomena nie makin mnjadi2 kt fb.. nampak gayenye nak kene cari mangga ngn asam boi la..

    BalasPadam
  18. Hehe... Dulu dh pnh buat kot.. Hehe

    BalasPadam
  19. yg epal hijau pernah makan..sedap..

    BalasPadam
  20. rasa mcm nak g cari je...
    ishhhh

    BalasPadam
  21. Owh ada kat FB ke?
    Dah x active FB sangat tu yang xtau.

    BalasPadam
  22. Asben saya kalay jumpa ni memang tak renti makan ni.

    BalasPadam
  23. Tak pernah rasa lagi. Huhu. Tetibe teringin. Muehehehe.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.