Ensiklopedia Solat & Biografi Muhammad Bin Abdullah

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Jumaat Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...


 Ensiklopedia Solat & Biografi Muhammad Bin Abdullah
Dua buah buku TERISTIMEWA untuk tiga permata hati Lya ..
NUR AINA INSYIRAH 
MUHAMMAD ADAM IMAN 
MUHAMMAD AKIF IMTIYAZ 

 Ensiklopedia Solat 

Kelebihan ENSIKLOPEDIA SOLAT ini :
❤ Maklumat dan ilmu adalah yang berkaitan dengan solat.
❤ Keistimewaan ensiklopedia ini berbanding dengan ensiklopedia lain yang ada dalam pasaran adalah kerana ianya mengandungi pelbagai keterangan daripada aspek fiqah,falsafah,sejarah dan saintifik.
❤ Setiap entri disampaikan dengan mengintegrasikan semua aspek ilmu supaya sesuai untuk rujukan kontemporari.
❤ Disusun mengikut pendekatan mesra pembaca.
❤ Disertakan dengan ilustrasi,foto,gambar rajah,peta minda dan jadual.
❤ Semua hadis yang digunakan mempunyai matan,sanad dan no.hadis untuk memudahkan para pembaca membuat rujukan.

ISBN : 978-983-40709-3-9
TBBK : 1105
 PENERBIT : TELAGA BIRU SDN BHD 
HARGA DI MALAYSIA : RM100

 
Ensiklopedia Solat .. Pandangan Hadapan

Ensiklopedia Solat...Pandangan Belakang 

Umi dedikasikan Ensiklopedia Solat ini khas untuk tiga permata hati Umi ...
Nur Aina Insyirah,Muhammad Adam Iman & Muhammad Akif Imtiyaz.
Moga ensiklopedia ini akan menjadi bahan bacaan berguna untuk anak2 Umi ..


Biografi Muhammad Bin Abdullah
Perjalanan Hidup Seorang Nabi 

Muhammad bin Abdullullah yang dimaksudkan dalam buku ini adalah nabi dan utusan Allah.Bagi orang islam,apabila bertemu dengan perkataan tersebut,digalakkan berselawat (berdoa) untuknya.

Inilah biografi Muhammad bin Abdullah yang menerangkan islam dan peribadinya.Biografi ini juga menerangkan pelbagai perkara lain.Dengan memahami biografi baginda,individu itu dapat memahami al quran.Ini kerana banyak ayat al quran yang tidak dapat difahami melainkan kita memahami faktor2 yang menyebabkan ayat2 itu diturunkan.Faktor itu adalah sejarah hidup Muhammad bin Abdullah.

PENULIS : PROF.DR ZULKIFLI MOHD YUSOFF
&
PROF. MADYA DR.NOOR NAEMAH ABD RAHMAN
PENERBIT : PTS ISLAMIKA SDN BHD
HARGA DI MALAYSIA : RM35 

Biografi Muhammad Bin Abdullah ..Perjalanan Hidup Seorang Nabi 
Pandangan Hadapan 

Biografi Muhammad Bin Abdullah...Perjalanan Hidup Seorang Nabi 
Pandangan Belakang.

Untuk bacaan anak2 soleh dan solehah Umi..Semoga kalian akan menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai rujukan paling sempurna untuk perjanan hidup kalian...InsyaAllah..

Muhammad bin Abdullah ..Nama seorang lelaki agng,
Kami beriman kepadanya dengan sepenuh jiwa dan raga,
Meskipun kami tidak pernah bertemu dengannya,
Petunjuknya membawa kita ke Syurga,
Ajarannya menjanjikan dunia sejahtera .....



Catat Ulasan

12 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.