❤ 10 Tanda Anak Anda Terlalu Manja ❤

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Khamis Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...


Haaa nak tahu tak anak anak kita ni MANJA ke TAK MANJA??  Kalau nak tahu ..Sebenarnya,anak-anak kecil yang lahir di dunia tidak dilahirkan dengan perangai yang manja.Tetapi pembentukan seorang anak bersikap terlalu manja disebabkan oleh didikan seseorang ibu bapa itu sendiri ...Ibu bapa yang menjadikan anak anak bersifat terlalu manja.

Perlakuan dan percakapan anak-anak yang jujur kadang-kadang membuatkan ibu bapa menurutkan segala kehendak mereka seperti merayu, memujuk dan menunjukkan wajah yang comel kepada mereka.Bagi anak-anak yang tidak berjaya dengan menarik perhatian ibu bapa mereka seperti berkelakuan baik,mereka akan menangis berguling-guling kerana tahu ibu bapa akan menjadi lemah jika berbuat demikian.Jadi adakah salah anak anak jika mereka terlalu manja disebabkan sikap dan didikan ubu bapa mereka sebegitu ..

Semakin mereka meningkat usia, perlakuan manja yang secara tidak sengaja dibentuk daripada sikap ibu bapa sendiri yang gemar menurut kemahuan anak-anak memungkinkan mereka menjadi anak yang tidak berdisiplin dan sukar dikawal perlakuannya sama ada di rumah atau di luar.

Jadi,sebagai bagi ibu bapa apa kata kita kenali 10 tanda perilaku anak-anak kita yang menunjukkan ciri-ciri anak manja yang mungkin sukar untuk dikawal.Antaranya adalah seperti :

1.Mereka akan menangis dan menjerit jika inginkan sesuatu.Contohnya, ingin barangan permainan yang mereka inginkan.Menangis dan menjerit sekuat hati hingga boleh mengganggu orang lain yang lalu lalang di kawasan berkenaan.

2.Suka merajuk sambil terlentang di atas lantai dan enggan bangun jika kemahuannya tidak dituruti. Contohnya,tidak dapat menonton rancangan kegemaran kartun kegemeran mereka.Maka berguling guling lah anak itu serba tak kena dibuatnya.

3. Sering marah dan memukul ibu bapa apabila dikenakan hukuman atau dimarahi.Bila mereka dimarahi,mereka akan marah kat kita balik siap pukul kita lagi tu..

4.Mengabaikan pertanyaan ibu bapa. Contohnya apabila ibu atau bapa bertanya, mereka tidak akan menjawab.Dah jadi ala2 PENDIAM gitu tak nak menjawap tak nak bercakap macam ada emas kat dalam mulut mereka kalau mereka mula bercakap.Protes la tu..

5. Bersikap kasar dengan orang dewasa dan adik-beradik lain. Contohnya,dari segi percakapan dan perlakuan mereka.Adakala cara percakapan mereka mengalahkan cara kita ..Kasar dan tak beradab.

6.Menolak berkongsi mainan dan sebagainya dengan adik-beradik lain.Ni memang teruk ni,semua benda mereka nak untuk mereka  jer tak boleh kongsi bersama adik beradik yang lain.

7.Suka menjadi perhatian jika berada dalam kumpulan kanak-kanak seusianya.Macam2 benda la yang mereka akan cuba buat untuk tarik perhatian walaupun dia tahu benda yang mereka buat tu merbahaya pada diri mereka dan jugak orang lain.

8.Selalu mahukan apa yang menjadi milik orang lain.Bila berjaya mendapatnya,mereka inginkan sesuatu yang baru pula.Bila dah dapat barang kepunyaan orang lain mereka akan minta pulak barangan lain yang lebih baik daripada barangan yang sedia ada,

9.Membiarkan bilik bersepah dan tidak mahu mengemasnya sehingga akhirnya ibu bapa mengalah dan membereskannya kerana tidak sanggup melihat keadaan itu.Ni satu lagi,kalau mereka sepahkan bilik dengan mainan mereka tak nak simpan kembali..

10. Sukar tidur mengikut waktu tidur yang sepatutnya.Bila mak ayah minta untuk masuk tidur mereka tak jugak masuk..Walaupun hari dah tengah malam masih lagi leka untuk bermain.

Kat atas tu ada tak yang terkena pada anak2 anda .. kalau Lya baca satu persatu adala jugak satu dua perkara yang terkena kat anak2 Lya.Contoh Akif la kadang2 kalau Lya tutup TV cerita kartun kegemaran dia dia protes jugak la...Protes dia senyap tak nak cakap ..Tapi tak lama lepas dua tiga minit dia cari balik Umi dia mintak maaf hehehee ..Setakat ni alhamdulillah OK lagi tak memudaratkan untuk mereka...


Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. ada juga 2-3...kadang saya alih perhatian Amir ataupun bila dia dah reda, saya terangkan balik pada dia...nampak mcam tak berapa faham...tapi budak kan tengah absorb semua...

    BalasPadam
  2. Saya suka sama anak yang manja dan menggemaskan hehe

    BalasPadam
  3. gitulah my anak buah ... pengsan mamanya layan .

    BalasPadam
  4. bagus entry ni..bukan senang nak jaga anak.silap didikan kita mak ayah yang merana..

    BalasPadam
  5. kalau boleh xmo lah anak terlalu manje..
    biar senng dah besar pandai berdikari sndiri

    BalasPadam
  6. Cik Puteri macam ada ja ciri-ciri ni

    BalasPadam
  7. Teringat pulak ana kat anak kawan ana, nombor satu tu memang dia. Kalau gi kedai nampak je coklat konfem jerit nama mak dia.. Hahaha..sebab dekat luar negara mmg dia makan coklat je sbgai makanan harian. Kekadang tu geram gak tgok. Kih3

    BalasPadam
  8. huhu.. opah doarng memang panggil dorang manja... cth nye klu nangis 'kenapa manja?'.. so agaknya manja lah kot...

    BalasPadam
  9. saya tk ada anak..tp ada la perangai tu kena dgn saya yg dah besor ni.. mmg anak manja..hehe

    BalasPadam
  10. Anak2 ni mmg manja cuma kenalah kita bimbing agar tak melampau sgt. Tak manja pun tak best juga kan.. :D

    BalasPadam
  11. Alhamdulilllah biarpun mila cuma ada seorang anak..mila tetap tegas...sbb takut anak manja ssh berdikari

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.