Tips Mengawal Marah Kepada Anak

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Selasa Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ..

TIPS MENGAWAL MARAH KEPADA ANAK

Sesetengah daripada ibubapa ni kan kalau nak marah anak tak kira tempat tak kira masa main marah je. Walaupun kesalahan yang anak2 buat tu takde la teruk sangat..Tapi dia punya tahap kemarahan tu macam anak2 dah buat silap besar.

Ni Lya nak kongsikan sikit untuk renungan buat ibu bapa yang suka sangat marah2 dan naik tangan kat anak2..

- Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun  memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati (tidak dengar kata) Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan jugak anak.Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.Ini juga salah kita sebenarnya terlalu memanjakan anak2 kita dengan barang permainan dan gadget2 sehingga mereka terlalu leka dan tidak menghiraukan kata2 kita..

- Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan Mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya.Mereka juga baru sahaja belajar cara untukbercakap,oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak mereka.Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran kekecewaan mereka kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi.Kanak-kanak pun tahu jugak erti kecewa sebenarnya.Justeru dalam hal ini siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.

Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk sahabat berusaha mengatasi masalah ini.

 ~ Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa.Sekiranya bapa jarang mendampingi anak,sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya.Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya.Tinggalkan sebentar apa yang sahabat  lakukan dan berikan perhatian kepada anak.Pandang mukan anak kita tu dan tatap matanya dalam2.Berapa kali kah sebenarnya dalam sehari kita bertentang mata dengan anak.berapa kali berapa kali ??? Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.Ingat tu wahai sahabatku.Jangan abaikan eye contact dengan anak2 ya ..

2.Sebaik sahaja sahabat pulang dari bekerja dan mengambil anak dari taska atau nurseri,luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak kita tu.Jangan la balik ambik anak jer terus masuk ke dapur memasak, angkat kain dan sebagainya.Cubalah berikan perhatian pertama sahabat kepada anak. Cuba tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika.Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya,umi/abah sangat sayangkan dia. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam,barulah sahabat minta diri untuk ke dapur dsb.Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.Kalau tak percaya cubalah sahabat amalkan ya ..

3.Ajarkan anak dengan perkataan ''tunggu sebentar boleh'' .Sekiranya anak memerlukan sesuatu dan sahabat tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb.Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya sahabat sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan sahabat sekiranya sahabat pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first.Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian.Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita.Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.Jadi kalau anak kita betul2 nak bercakap berikan perhatian kepada mereka ..

4.Cuba fahami personaliti anak kita.Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personaliti yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine.Anak ini memang sangat sukakan perhatian.Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya,bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb. Walau bagaimanapun, sahabat boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika sahabat dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari.Dengan ini anak akan faham bahawa ibu bapa tidak menyukai perbuatan tersebut.

5.Sentiasa ingatkan diri sahabat dengan sifat positif anak.Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatiansahabat terhadap kelebihan tersebut,Jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan sahabat untuk mengubah sifat negatifnya.Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang sahabat inginkan setiap kali sahabat berinteraksi dengan anak.Boleh juga sahabat berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya,cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan sahabat kepadanya. Misalnya ‘umi/abah sayang kakak, Umi/abah tak nak kakak tidak menjerit lagi’.Ulang berkali2 agar anak kita faham..Sahabat juga boleh membacakan surah AlFatihah,Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan.


Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Nice tips lya..moga dpt diamalkan..huhu..

    BalasPadam
  2. tips menarik.. tq

    jemput singgah blog saya jugak yerr

    http://zianaeunos.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Tipis yg sgt berguna ni kot2 esok lusa dah ada ank blh d guna pkai

    BalasPadam
  4. tahnks for sharing...kadang2 kita terlepas jugak...huhu

    BalasPadam
  5. tips yg bagus kak
    boleh sy amalkan utk anak buah nanti
    biasa la..kdg2 budak2 mmg sentiasa leka dgn mainan, dipanggil 2-3 kali mmg x jwb
    bgs tips ni kak memberi kami panduan especially yumida sendiri yg kurang arif pasal kanak2 ni

    BalasPadam
  6. jadi ibu mmg perlu berilmu . klu tak , pening !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kata sis.
      Jangan mengandung-bersalin je tanpa belajar cara mendidik anak.
      Tu sebab banyak kanak-kanak & remaja bermasalah macam sekarang ni.

      Padam
    2. Kalau sedari kecil anak dah ada tamper tantrum or hyperactivity tapi tak dirawat, most probably dia akan ada masalah juvana bila besar nanti.
      Everyone please take note.

      Padam
  7. sangat² menarik info ini..tq sis...

    BalasPadam
  8. kasih ibu membawa ke syurga..terima kasih tips ni ya..

    BalasPadam
  9. Kesabaran mmg kena tinggi dlm mendidik anak2 ni kan.. semoga mereka semua membesar menjadi insan berjaya di dunia & akhirat... aamiin.

    BalasPadam
  10. Moga yang jadi ibu bapa tu amalkan la tips yer ^_^

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.