Seronoknya DiKampung (Part 1)

Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Petang Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Lya Citer Bab Makan2 Dulu Ya !!!!

Seronoknyerr balik kampung ... Macam2 aktiviti kami buat kat kampung ..Jangan tak tahu bila Lya balik kampung bersama suami dan anak2 memang kami akan buat aktiviti bersama anak2 sedara dan mak2 sedara Akif ... Aktiviti kami memang padat ... Paling best tentunya aktiviti masak2..Namapon orang perempuan mesti suka bab2 masak memasak ni kan ...Masak makn masak makan masak makan ..Sesekali berkumpul ramai2 camni memang seronok ...

Masakan hari pertama ..Hari Jumaat ..Nasi impit bersama kuah kacang dan sambal ikan..Sambal tak sempat nak snap gambar ... Ketupat palas..Mak kita baru belajar buat ketupat jadi dia nak tunjuk la ketupat yang dibuat kat cucu2 ..Dapat la merasa ketupat palas air tangan Tok Wan ..Sedap tak terkata ..dah la besar2 ketupat tu..Kalau beli kat kedai mahunya ada besar2 camtu..Kalau ada pon tak la sepadat ini .. Petang makan jagung rebus dan jugak jagung bakar.Sedap tak terkata ..Jagung bakar banyak tu jer yang sempat snap gambar, yang lain dah dikebas orang ..... Ni makan pagi dan jugak petang ..

Hari pertama lagi ... Makan Mee Sarawak ..Yeyyy dapat jugak makan .. Dah lama nak makan Mee Sarawak ni tapi tak dapat sebab takde PERENCAH dia ..Ni kitaorang import dari Sarawak .. Kirim kat orang yang pergi sana ... Nak beli lagi la nanti ..boleh jugak buat kat umah nanti untuk anak2..Gambar mee takder la pulak sebab masa tu dah sibuk nak makan ..mee ntah ke mana ... hehehe makan tengah hari sebab tak nak makan nasi ... 

Hari kedua mak sedara diaorang masakkan nasi goreng kampung dan jugak mee hoon goreng untuk makan pagi .TokWan pulak dah buat siap2 tapai pulut  dan tapai ubi kayu..Tunggu makan jer ..Tapi anak2 Lya semua tak makan ..Umi dan abah pon tak makan tapai jugak ... Kami tak suka tapai pulut ..Kalau tapai ubi kayu Lya sorang jer yang makan ..En Hubby dan anak2 tak makan ..Tengah hari makan nasi putih dan gulai ayam kampung.. Bestnyerr .. Tengah hari tu jugak Tok Wan bubur jagung .Seperiuk besar bubur jagung Makan ler kami sampai ke petang ...Ada jugak lempeng kelapa yang kami bakar tapi gambar takde dalam HP Lya ..ada kat HP En Hubby .......

Petang hari kedua kat kampung ... Kitaorang buat ikan celup tepung ... Kat kampung ikan segar jadi kami beli banyak2 ..Harga pon tak mahal macam ikan kat bandar.. Ha aa..Bila makan ikan celup tepung tak best la takder coconut shake kann ??? .. Ok cari beberapa biji kelapa dan buat Coconut Shake ....Memang sedappp tahap tak boleh berentiii ...Malam makan nasi lauk ikan singgang,petai jeruk ,budu,jagung celur,ayam goreng dan jugak ikan panggang ..Kebetulan jugak anak sedara Lya baru balik dari Cameron Higland ikut lawatan sekolah ..Malam pulak ..bukan malam sebenarnya tengah malam ..kami makan buat strawberry ..... Banyak bebenor makanan ......

Hari ketiga dikampung ... Last day dah sebab tengah hari kami dah nak bertolak balik Kuantan dah ...Tok Wan masakkan laksa gandum dan jugak makanan feberet Akif ..Nasi Kunyit laaaa .. Nasi kunyit Akif yang panggil ..nama sebenar pulut kuning hehehe ..Pulut kuning makan dengan gulai ikan tongkol.. Kami makan pagi laksa gandum jer .. perut kenyang dah tak boleh nak makan pulut kuning ..  jadi tok wan bungkus pulut kuning bawak balik ... 

Ni citer ikan panggang ..Tu dia budak canggung tak biasa jumpa ikan panggang FRESH ..
Memang suka sangat dapat ratah ikan panggang .. Dia terikut2 ngan sepupu dia kat kampung ..
Hari kedua rasanya ..tak ingat sudahhh .

Ok dahhh ..jumpa lagi untuk citer Seronoknya DiKampung (Part 2)..Heheehe kat kampung HP hanya digunakan time nak snap gambar jer ..Nak BerFb nak berBlogging memang tak sempat !!!!


Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. Woooaaahhhh !! Makan ! makan ! makan ! Meriah sungguh makanan .. Boleh bukak gerai depan pintu rumah .. hahaha . Okay cheq tunggu PART 2 and seterusnya ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe..mak kita bab2 masak mmg terer...tq nurul sudi sggah...nnt ada masa akk terjah blog nurul ...

      Padam
  2. Kalau kat kampung.. Semua akan menjadi sedap.. Sebab kita kat bersama saudara mara..

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Btul tu Zumal..kitaorg yg mkn ni mmg kata mcm hari raya..hehehe..

      Padam
  4. seronok nya buat aktiviti makan2..dah la semuanya sedap2..memang jarang2 nak dapat makan semua tu hari2..memang istimewa sangt..:)

    BalasPadam
  5. Fuhhh!!!! Terliur nengok haaaa. Best nya balik kampung.... mi sarawak tu laksa sarawak eh sis? Heee.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe ...... mmg best ..hehehe laksa Sarawak la hehehe ..

      Padam
  6. Byknya mknan kat kg akak wahh sronok

    BalasPadam
  7. Semua makanan sedap sedap.. huaaaa terliur!! T_T

    BalasPadam
  8. macam2 makanan ade..wow... sedappp...

    BalasPadam
  9. Fuyoo bestnya makanan... semuanya menyelerakan.. seronoknya.. :)

    BalasPadam
  10. memang seronoklah macam ni..macam macam menu ade.tak stop macam ni

    BalasPadam
  11. bestnya makanan..nasib x terliur orang disini :)

    BalasPadam
  12. Memang wowww sangat.
    Tengok beraneka jenis makanan.
    Memang geram sangat-sangat.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.