Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Isnin Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ..
Tengok gambar dulu kasi kecur air liur sikit ..hehehe bukan Lya yang masak ni Lya godek gambar dari Mr Google jer.Kalau Lya yang masak memang tak sempat nak hias2 gambar cam gini..Masuk perut dulu la jawapnya...baru teringat nak snap gambar..kuakuakua..
Taraaa memperkenalkan untuk korang2 semua inilah dia SUP KETAM .....Ok tuan2 dan puan2 sekalian malam ni kita belajar satu resipi ya ..Resipi Sup Ketam .Sapa2 yang nak belajar masak Sup Ketam meh duduk sini rapat2 sikit .Nak belajar kalau duduk jauh2 nanti tak paham pulak.Meh sini Cikgu Lya nak ajar ni..Kalau duk jauh2 nanti tak paham Cikgu Lya tak nak ngajar dah..Cikgu Lya ajar sekali jer tau !!!! Hahaha Cikgu Lya pulak dahh ..Apa la yang Lya duk merapu rapan ni ..Apa2 pon meh la kita memasak ..
Tengok gambar dulu kasi kecur air liur sikit ..hehehe bukan Lya yang masak ni Lya godek gambar dari Mr Google jer.Kalau Lya yang masak memang tak sempat nak hias2 gambar cam gini..Masuk perut dulu la jawapnya...baru teringat nak snap gambar..kuakuakua..
Taraaa memperkenalkan untuk korang2 semua inilah dia SUP KETAM .....Ok tuan2 dan puan2 sekalian malam ni kita belajar satu resipi ya ..Resipi Sup Ketam .Sapa2 yang nak belajar masak Sup Ketam meh duduk sini rapat2 sikit .Nak belajar kalau duduk jauh2 nanti tak paham pulak.Meh sini Cikgu Lya nak ajar ni..Kalau duk jauh2 nanti tak paham Cikgu Lya tak nak ngajar dah..Cikgu Lya ajar sekali jer tau !!!! Hahaha Cikgu Lya pulak dahh ..Apa la yang Lya duk merapu rapan ni ..Apa2 pon meh la kita memasak ..
RESIPI SUP KETAM
Ok nak masak kena la ada bahan2 dulu kalau tak camner nak masak kan kan kan ??
Bahan2 Yang DiPerlukan
5 ekor ketam bunga (opkoss la kena ada ketam kalau tak camner nak buat sup ketam)
5 labu bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1.5 sm halia - dikisar
2 labu bawang besar – dihiris
2 batang serai
2 labu bawang besar – dihiris
2 batang serai
1 bungkus sup bunjut/sup tulang pon boleh
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Air secukupnya
Daun saderi
Daun sup
Daun sup
Air secukupnya
Cara Memasak Sup Ketam
- Bersihkan ketam dan keringkan air (toskan)
- Tumis bahan yang telah dikisar hingga naik bau.Masukkan air dan sup bunjut yang telah tersedia.
- Setelah air mendidih, bolehlah dimasukkan ketam,serai dan juga bawang besar.
- Masukkan garan secukup rasa (jangan masin sangat jangan takde rasa langsung pulak...)
- Kalau rasa2 nak letak sayur2an lain boleh la letak sebelum diangkat.
- Hiaskan dengan daun saderi dan juga daun sup semasa menghidang.
Selamat menyediakan Sup Ketam ..
Dah siap hidang..Makanan pun dah cantik duk kat atas meja.Apalagi makan laaa.Tak yah tunggu2 nanti sejuk tak sedappp ...
Oh ya terlupa pulak Cikgu Lya nak citer sikit tentang khasiat ketam.Dah suka makan tapi tak tahu khasiat dia mana best kan?Jadi Cikgu Lya cerita sikit la apa khasiat yang ada dalam ketam ni.Sambil2 tu boleh la makan ya ..Jemput makan jemput makan ..
Khasiat Ketam
~ Ketam merupakan sumber semula jadi omega 3 asid lemak seperti yang di ketahui omega 3 asid lemak dapat membantu meningkatkan daya ingatan,mengurangkan daripada mendapat serangan jantung, mengurangkan risiko KANSER dan kemungkinan membantu meningkatkan kemurungan dan kebimbangan.
~ Ketam juga mempunyai beberapa kromium,yang dianggap sebagai mineral berguna jika anda mempunyai rintangan insulin, kerana ia boleh meningkatkan metabolisme gula darah.
~ Ketam tidak mengandungi lemak yang merbahaya
~ Ketam mempunyai lemak tak tepu yang dianggap bagus untuk jantung yang sihat
~ Ketam rendah kalori (hanya mengandungi sekitar 85 hingga 90 setiap 100g kalori (bergantung kepada jenis ketam)
~ Ketam adalah sumber vitamin A,C dan B termasuk B12 serta mineral seperti zink dan tembaga.
~ Ketam di percayai boleh merawat denggi.
~ Ketam tidak mengandungi lemak yang merbahaya.
Ok laaa itu saja resipi malam ini ya tuan2 dan puan2 ...Cikgu Lya tahu malam ni memang takde dah orang nak memasak tapi esok mesti ada orang yang mengidam nak makan Sup Ketam..Jadi esok jer la masak. Cikgu Lya pun dah ngantuk sangat ni Cikgu Lya out dulu !!!!
Bye bye bye ...Cikgu Lya laaa sangat ..Hadoiiiii !!!
16 Ulasan
sedapnya sup ketam lya..tak payah makan nasi pun takpe
BalasPadamsedappnyaaaa
BalasPadamZumal hanya pernah makan gulai ketam jew. Kalau teringin kena masak sendiri la jawabnya ^_^
BalasPadamKalo ketam biasa sy rebus @ kukus je..lagi2 kalo fresh..ssedsp
BalasPadamTak suka mkn ketam sbb leceh. Hahhaa..
BalasPadambaru tadi tgk org korea buat kimchi ketam . blh pal mereka mkn ketam mentah cam tu jer ... perghhh .
BalasPadamFuhh sedap pulak tengok ketam mlm2 ni... menyelerakan... :)
BalasPadammesti sedap rasanya..sup ketam..resipi untuk panduan semua tahnia
BalasPadamsedapnyaaaaa...lama dah tak makan ketam. kalau buat sup lagii sedap..lagi-lagi time badan tak sihat sangat ni..haihhhh..
BalasPadamMemanglah sangat terliur tengok sup ketam tu Lya..
BalasPadamAl-maklumlah saya penggemar seafood..
Thank you kongsi resepi ni, so hujung minggu nanti boleh cuba.. hehehe
Biasa ketam tu kita rebus je hihihii
BalasPadamTak pernah lagi makan sup ketam ni...biasa makan yang main rebus jer macam dik Lya cakap...hehe
BalasPadamSedapnya..tp xpernah lagi masak ketam..pandai makan je
BalasPadamtak pernah makan sup ketam..biasanya ketam memang masak lemak cili api je la..sedapnya ketam.
BalasPadamsedapnya..
BalasPadamKalau ketam tu penuh isi mmg sedap.
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.