Bila Sahabat Datang Dengan Masalah ..Bantulah Dia

Salam Ukhuwah Fillah...
Selamat Pagi Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...




Alkisah seekor tikus dan sahabat-sahabatnya...

Sang Tikus melihat daripada satu lubang tepi rumah untuk lihat petani dan isterinya sedang membuka satu bungkusan…“Apa makanan dalam kotak ini?” bayang tikus tersebut yang kelaparan.Sang Tikus terkejut melihat apa yang dikeluarkan petani dan isterinya berupa perangkap tikus!

Sang Tikus yang ketakutan balik ke kandang memberitahu kawan-kawannya, “Ada satu perangkap tikus dalam rumah Pak Ali! Ada satu perangkap tikus!”Ayam yang sedang tidur, bangun dan menggaru dan menaikkan kepalanya lalu berkata, “Sang Tikus, ana tahu ini ialah masalah besar untuk enta, tapi ini tak ada kena mengena dengan ana… Ana tak kisah pun, jangan kacau tidur ana.”

Kecewa, Sang Tikus pun mencari Sang Kambing yang juga rakan karibnya untuk memberitahu berita perangkap tikus.“Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali! Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali,” kata Sang Tikus.Sang Kambing melihat Sang Tikus dengan mata tak bermaya lalu berkata, “Maafkan ana Sang Tikus. Ana tak boleh berbuat apa-apa selain berdoa. Ana akan pastikan enta dalam doa ana.”

Kecewa lagi, Sang Tikus pergi berjumpa dengan Sang Kerbau dan berkata, “Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali! Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali” dengan harapan Sang Kerbau akan mengambil peduli masalah yang dihadapinya.Sang Kerbau berkata,”WOW, Sang Tikus. Ana simpati pada enta, tapi perangkap itu, kulit saya pun tak terasa kalau terpijak.”

Sang Tikus pun balik ke rumahnya, kecewa dan sedih untuk menghadapi perangkap tikus itu bersendirian tanpa rakan-rakan di sisinya.Malam tersebut juga, Sang Tikus terdengar bunyi “PAPP!” seolah-olah perangkap tikus itu telah mendapat mangsanya yang pertama.Sang Tikus pergi menjenguk di lubang yang sama. 

Ketika tiba di sana, Sang Tikus terlihat kaki isteri Pak Ali berdarah dan Pak Ali sedang merawatnya. Kelihatan di perangkap tikus itu ialah seekor ular berbisa yang ekornya terkena perangkap tikus.
Isteri Pak Ali rupanya bergegas ke d apur untuk melihat hasil tangkapan perangkap tikus dan 
sebaik saja tiba ular berbisa itu yang mengerang terus menyengat isteri Pak Ali.

Pak Ali bergegas membawa isterinya ke hospital,dan beberapa hari kemudian isterinya diarahkan 
pulang.Isteri Pak Ali masih tidak sembuh, dan terkena demam panjang.Ada orang kampung memberitahu sup ayam bagus untuk merawat demam – maka Pak Ali telah menyembelih Sang Ayam untuk membuat sup untuk isterinya.

Tapi kerana isteri Pak Ali masih tidak sembuh, ramai sanak-saudara yang datang menjenguk ulang-alik menjaga isteri Pak Ali – Pak Ali menyembelih Sang Kambing untuk memberi makan kepada mereka sebagai tanda penghargaan.

Akhirnya, isteri Pak Ali sembuh. Pak Ali kegembiraan dan mengadakan kenduri kesyukuran dan menyembelih Sang Kerbau untuk menjamu seluruh kampung.

Sang Tikus melihat semua ini terjadi dengan penuh kesedihan...

Wahai anakku,Beringatlah lain kali, apabila terdengar seseorang sahabat mempunyai masalah, jangan memandang remeh kerana masalah itu tiada kaitan dengan kamu tapi cubalah untuk membantu… Bumi ini bulat dan semuanya berkait dalam satu roda - semua yang Allah inginkan kamu bertemu ada tujuannya termasuklah sahabat yang mempunyai masalah ini.

Bila sahabat datang dengan masalah, bantulah dia setakat mampu – jangan tidak mengendahkannya, mesti ada sebab Allah mengutuskan kamu bertemu dengan sahabat tersebut pada waktu terdesak. Sekurang-kurangnya pun berilah kata-kata semangat. 

Demi Allah, berilah bantuan – usah anggap bantuan adalah untuk sahabat, anggaplah bantuan itu sebagai menunaikan amanah yang diberikan Allah untuk mendapat pahala ke akhirat.
Insyaallah..


Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. sungguh mendalam isi ceirta nie lya..thanks atas perkongsian ini

    BalasPadam
  2. betul tu...bantu membantu antara kita...^_^

    BalasPadam
  3. berkawan ni kita kena saling bantu membantu ye tak?

    BalasPadam
  4. betul sis...kathy setuju.. inshaAllah,kathy tak akan bantu sedaya mungkin dan tak sesekali khianati keprcayaan mereka terhadap kita. walau orang tak tahu,Allah lebih tahu kan? perkongsian yg menarik...

    BalasPadam
  5. Bantu lah seikhlas nyer ... Jangan harapkan balasan ... Jangan lupa singgah jalan-jalan kat SiNi & Join contest kat SiNi

    BalasPadam
  6. Betul.
    Kehidupan ni umpama roda.
    Terkadang kita di atas, terkadang kita di bawah.

    BalasPadam
  7. sangat bagus cerita ini.. di jadikan pedoman ^_^

    BalasPadam
  8. Betul sgt tu.. klu tak mampu bantu secara fizikal.. bantulah dgn doa. T kasih atas perkongsian ini Lya.

    BalasPadam
  9. suke dgn crte di atas...
    maksud yang mendalam betul..
    terima kasih atas perkongsian..
    same2 jadikan ia ikhtibar ye

    BalasPadam
  10. Suka citer ni. Thanks share k.Lya. ^^

    BalasPadam
  11. Tak pernah zumal dengar cerita nie sebelum nie. Zumal pun kalau ada orang cerita ada masalah memang zumal akan usaha menolong sebab tak sanggup tengok orang kesusahan... Mungkin hari nie hari dia mana tahu esok hari kita pula dilanda kesusahan...

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.