❤ Tonsil ❤
August 12, 2014
Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Petang Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...
Radangan Tonsil
Apa itu tonsil?
Tonsil adalah kelenjar yang bekerja seperti askar untuk memerangi infeksi di tubuh. Ia terletak di tepi sebelah belakang tekak.
Apa itu radang tonsil?
Infeksi pada kelenjar tonsil pada kebiasaannya disebabkan daripada kuman viral dan hanya 15% disebabkan oleh bakteria.
Bagaimana seseorang didiagnosa mendapat radangan tonsil?
Kanak kanak yang mengalami radang tonsil selalunya tidak sihat.
Dia akan mengalami:-
Demam.
Susah untuk menelan kerana sakit tekak.
Nafas berbau.
Bunyi suara yang ganjil.
Kebengkakan pada kelenjar tekak.
Kelenjar tekak akan kelihatan:
Besar, merah dan kebiasaan terdapat tompok-tompok putih diatasnya.
Bagaimana rawatan radang tonsil?
Rawatan yang dapat membantu adalah:
Paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit.
Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk.
Banyakkan minum air.
Elakkan makanan yang keras, rangup, berempah dan panas.
Rehat.
Antibiotik jika jangkitan berpunca daripada bakteria.
Bilakah kelenjar tonsil patut dibuang?
Pembuangan kelanjar tonsil (tonsillectomy):
Apabila jangkitan berulang-ulang.
Kelenjar tonsil yang besar mengganggu pernafasan dan gaya tidur yang biasa untuk anak anda.
Doktor akan membuat penilaian secara individu bagi menentukan tindakan yang perlu diambil.
Bolehkah jangkitan pada kelenjar tonsil dielakkan?
Radang tonsil yang disebabkan sakit kerongkong (diphtheria) boleh dielakkan dengan pengambilan imunisasi.
Kalau tidak dibuang, pencegahan tidak dapat dilakukan.
Pemberian imunisasi dapat mencegah radang tonsil yang disebabkan diphtheria, namun begitu ianya sukar dicegah. Elakkan daripada bergaul dengan kanak kanak yang ada selesema dan batuk.
Bolehkah radang tonsil mengakibatkan gejala yang teruk selain daripada sakit tekak?
Komplikasi yang teruk telah dikenal pasti. Ini termasuk:
Demam rheumatik (jangkitan diselaput jantung) disebabkan bakteria sreptokokus dan tidak mengambil antibiotik dengan secukupnya.
Radang buah pinggang (acute glomerulonephritis) juga kerana jangkitan streptococcus.
Pangkal kelenjar tonsil yang bernanah perlu rawatan kecemasan.
Radang tonsil yang berulang boleh menjejaskan kesihatan kanak-kanak dan kualiti hidupnya.
Penulis : Dr. Norrashidah Hj. Abd Wahab
: Dr. Nor Mahani Harun
Penyemak : Dr. Norzila bt. Mohamed Zainudin
12 Sahabat Setia
Nice sharing kak Lya.
ReplyDeletecik nor pernah kena skali dlu..sakit sgt2..huhu
ReplyDeleteThank sharing ye kak... ^_^
ReplyDeleteInfo berguna nie... Thanks sharing
ReplyDeletedulu anak mama yg sulung pernah kena gini.. nasib pulih cpt, tapi admit wad gak.,
ReplyDeleteNice sharing..
ReplyDeleteT kasih atas perkongsian yg bermanfaat ini... sakit klu kena tu. Mmg tak selesa kehidupan hhmmm..
ReplyDeleteGOOD INFO :)
ReplyDeleteRadang tonsil a.k.a tonsillitis.
ReplyDeleteCan be acute, chronic or acute on chronic tonsillitis.
lya kerap juga kena ni
ReplyDeletememang sakit yg amat kekadang susah nak telan mknan
ReplyDeleteagak teruk juga tonsil ni..
ReplyDeleteAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.