Renungan Masa Tua

Salam Ukhuwah Fillah ...
Salam Isnin Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

RENUNGAN MASA TUA

❤ Sisa hίdυρ semakin pendek 
~ Ibadah dan Taubat, WAJIB jadi kelaziman sepanjang masa
- Yang boleh kita makan, makanlah;
- Yang boleh kita pakai,pakailah;
- Yang ingin kita beli,belilah;
- Kalau masih mampu memberi,berilah;
- Masih mampu berbagai,berbagilah ...

Kerana semua yang ada tidak boleh kita bawa ke kubur.Jangan khuatir dengan ahli waris,Allah yang akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha.Nikmatilah hίduρ ini dengan pasangan kita selagi masih ada.

❤ Sehari berlalu, umur berkurang sehari.Bila kita lewati hari ini dengan berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah & selalu mengucap syukur,kerana kita tidak tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.

❤ Waktu cepat berlalu,hidup itu sangat singkat dan susah.Dalam sekejap kita memasuki masa tua,itu PASTI !!!

 ❤ Bila membandingkan ke atas,kita akan selalu merasa kurang;membandingkan ke bawah,kita merasa lebih;bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya,kita pasti bahagia. 
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.Manfaatkan ia sebaiknya. 

❤ Harta,kekayaan,pangkat,kedudukan,kehormatan -->semua itu hanyalah sementara,hanya pinjaman.
Yang terbaik dan terpenting adalah Perilaku Yang Baik,sentiasa membantu orang,tidak berbuat hal2 tercela, mengawal diri.Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada..dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin.Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hίduρ ini.

❤ Kasih ibubapa kepada anak2 tidak ada batasnya!!!Kasih anak2 terhadap ibubapa jelas batasnya. Sedarlah!tatkala anak sakit,hati ibubapa terhiris; tapi tatkala ibubapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya khabar ala kadar..Anak2 memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku !!! Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.

❤ Rumah ibubapa adalah rumah anak,tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibubapanya. Ibubapa selalu memberikan anak2 tanpa batas...tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada ibubapa mereka.

Sama2 Muhasabah Diri !!!!

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Salam. Sebaiknya muhasabah diri dikala muda, takut tak sempat menginjak masa tua..:)

    BalasPadam
  2. semakin hari usia semakin bertambah semakin berusia

    BalasPadam
  3. semoga umur yg ada ini sentiasa dibrkati Allah :)

    BalasPadam
  4. Tq for sharing kak Lya. Setiap detik berlalu dgn pantas menuju hari tua. Semakin lebih byk hari kita lalui, makin berkurang umur kita.

    BalasPadam
  5. assalamualaikum lya...ye semua org akan melalui setiap zaman dlm hidup kita jadi kenalah kita sentiasa beringat dan berdoa selalu... nyawa kita hanya pinjaman sementara di dunia ini...

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.