Hidup Ini Penuh Pilihan

Salam Ukhuwah Fillah ...
Salam Isnin Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Sumber Gambar : Mr Google

HIDUP INI PENUH PILIHAN. 
Kita boleh MEMILIH untuk terus lena dibuai mimpi atau bangun mengejar IMPIAN. 
Kita adalah apa yang kita PILIH.
PILIHAN kita hari ini adalah HIDUP kita hari esok.
KEHIDUPAN kita hari ini adalah PILIHAN kita tempoh hari. 
KEHIDUPAN penuh dengan PILIHAN dan IMPIAN, 
Tapi bukan semua orang sanggup bersusah untuk mencapai IMPIAN. 
HIDUP adalah satu pilihan, sedang MATI adalah pasti.

Terkadang memang tidak mudah untuk kita membuat sebuah pilihan di mana pilihan yang akan kita ambil ini hampir sama. Kita sebenarnya sedang diuji untuk menentukan pilihan yang paling baik diantara yang baik.Jadi tentukanlah sebuah pilihan yang paling bermanfaat bagi kita. Dan sesuaikan dengan keperluan dan kemampuan kita untuk melakukannya. Terkadang kita membuat pilihan yang kelihatannya baik untuk kita tetapi sebenarnya tidak terlalu berguna bagi kita dan kita hanya menentukan pilihan tersebut berdasarkan kesenangan sahaja.

Untuk membuat pilihan yang paling tepat memerlukan pengalaman dan juga pembelajaran.Orang yang mempunyai pengalaman yang banyak pasti boleh menentukan keputusan yang bijak dan juga paling tepat. Untuk itu belajarlah selalu dari apa yang telah kita lakukan pada sebelumnya dan jadikan itu sebagai bahan untuk menambah pengalaman kita dalam mengambil keputusan. 

Memang ...Bukan mudah untuk menjadi seorang yang bijak yang boleh membuat keputusan yang tepat. Tetapi bukannya TIDAK MUNGKIN untuk kita yang masih baru dalam mengambil keputusan.Yang penting kita perlu tahu tujuan hidup kita dengan jelas.Buatlah keputusan yang boleh menyokong kita dalam mencapai matlamat hidup kita . 

Selain daripada kita belajar dari pengalaman sendiri, kita juga perlu belajar dari pengalaman orang lain. Memang terkadang nasihat dan petua dari orang lain.... kita dengar seperti teori saja bagi kita, dan kita merasa itu tidak masuk akal...Fikiran seperti itu lah yang harus kita hilangkan, kerana teori dan nasihat orang lain berasal dari pengalaman orang tersebut. Terimalah setiap nasihat dan petua yang bermanfaat dengan bijak,semoga pilihan kita hari ini adalah yang terbaik untuk hari esok ....


Sama2 muhasabah diri ...!!!!!


Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Salam singgah sini.. done follow jugak :)

    BalasPadam
  2. saya pilih untuk terus kejar impian,,sama2 muhasabah diri

    BalasPadam
  3. Ya, hidup penuh dengan pilihan.
    Beruntunglah pada yang bijak mengemudi kehidupan mereka.
    Manakala, amat rugilah bagi mereka yang membiarkan diri hanyut dipukul arus.

    BalasPadam
  4. betul2... hidup ini ada pelbagai pilihan...
    terpulang pada diri sendiri untuk membuat pilihan...

    BalasPadam
  5. Muhasabah diri... pilihan ditangan kita...

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.