Bertuahnya Seorang Isteri

Salam Ukhuwah Fillah ...
Salam Jumaat Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Sumber Gambar : Mr Google
Sebaik sampai rumah terus beri salam, peluk isteri. Peluk dan cium juga semua anak-anak. Peluk dengan rasa syukur dan rindu pada mereka...walaupun sebenarnya kita teramat penat dan letih...hanya Allah yang tahu dengan pelbagai masalah di tempat kerja. Pelukan itu menjadi ubat buat isteri, anak-anak dan diri kita sendiri. Buat penat dan sakit ditempat kerja hilang. Allah juga beri keberkatan rezeki bila kita berkasih sayang.

Ambil masa bertanya keadaan anak-anak. Bermain, bergurau, dan dukung mereka..tunjukkan minat atas apa yang mereka buat selagi bukan perkara haram.

Kerja isteri di rumah mencabar. Jika isteri tanya, abang penat ke? Abang buat apa di pejabat ada masalah ke? Jangan marah kerana memang sifat wanita ingin memulakan perbualan dengan soalan. Sebenarnya mereka ingin meluahkan masalah mereka. Biasanya soalan wanita ada makna disebaliknya..mereka ingin ceritakan masalah mereka....

Contoh jika isteri tanya abang nak langsir tahun ni warna apa? Jangan jawab mudah sangat. Sebab bagi wanita masalah itu besar. Mereka dah kaji lama dah. Setahun mereka dah survey. Kita kena tunjukkan muka ambil berat walaupun sebenarnya tak faham sangat. 

tu lah sayang, abang dah fikir juga..emmm....entah warna apa yer sesuai sayang rasa..

Isteri akan jawab tulah saya dah pergi banyak kedai dan survey sebenarnya warna pink atau purple saya pilih..abang rasa warna mana?

kita kena kata erm dua-dua cantik..yang pink cantik,,,yang purple cantik....mana satu yer sayang?

Tulah saya berkenan sangat warna pink ni.....jawab isteri..

Abang pun suka sangat.lawakan pink ni..

Jadi jika isteri kita cakap, abang kita nak makan kat luar ke? ke kat rumah jer...jika dia tanya 2 kali..maknanya dia nak sangat dah tu.sepanjang malam dia boleh bersedih dan tak lena tidur hanya kerana hajat dia nak makan kat luar atau makan sesuatu itu tak dapat..

..tapi dia tetap tunjuk macam tak nak...cuma dia lebih suka bab makan, berjalan, hadiah dia...macam dia tak tahu..wanita suka 'surprise' ni...dia sanggup bagi semua termasuk kehidupannya boleh berubah jika suaminya suka ambil hatinya...senang nak didik dan dia pun akan faham kesukaan kita..

Sampai rumah terus tukar pampers anak-anak jika kotor atau mandikan anak-anak kecil. Terus tolong buang sampah...

Jika rumah bersepah atau tengok isteri tak buat apa-apa. Jangan marah...cuba buat semua kerja yang biasa mereka buat setakat kita larat. lelaki boleh buat kerja laju-laju... biasalah kadang-kadang kita ditempat kerja bila banyak sangat kerja, kita buat kerja tapi tak tahu mana nak mula dan kepala jadi beban. tapi bila ada kawan bantu, kita boleh sambung semula kerja kita...tak boleh kerja sorang-sorang. kIta rasa kita penat, tapi rupanya banyak kerja tertangguh...kita jadi kawan buat isteri kita...

Jika anak menangis cepat-cepat bantu dukung ataupun buatkan susu atau apa yang boleh dibantu...

Kumpul ahli keluarga sekejap hidupkan amalan baca Al-Quran sekali dan baca hadis sekali. InsyaAllah rumah jadi bahagia dan tenang sangat. Dia akan sayang suaminya..Allah yang letakkan sayang itu..

Bangun awal solat tahajud dan berdoa kepada Allah.. kejut isteri perlahan-lahan. Paling tidak kejut isteri sebelum Subuh...atau jika isteri kejut cepat-cepat bangun tahajud...

Jika marah isteri , segera ke masjid atau masuk bilik lain ambil wuduk dan solat.Doa menangis pada Allah. Bila marah jangan bercakap. Ramai orang di dunia di kenali di kalangan orang baik-baik tapi di akhirat bersama orang berdosa. Kerana bila dia marah dia bercakap yang menyebabkan dia telah menceraikannya banyak kali. Rupa-rupanya bukan isterinya lagi. Bila marah diam atau tidur atau ke masjid atau berdoa.

Rajin bekerja dan jadi ketua keluarga bimbing isteri dengan agama. Dahulukan Allah dan Rasul saw lebih dari segalanya termasuk isteri, ibubapa, dan diri sendiri. Maksudnya jika perkara yang diinginkan diri, atau isteri atau ibubapa berlawanan dengan kehendak Allah dan Rasul saw kita dahulukan dan mengikut Allah dan Rasul.
Allah akan jaga keluarga kita. Hanya Allah yang boleh beri bahagia..hanya Allah.

Buat isteri pula bersyukur pada Allah atas suami yang diberikan...bila syukur Allah tambahkan nikmatnya. Bila kufur apa yang ada pun hilang..

Sumber : Ustaz Ebit Lew 

Catat Ulasan

14 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.