Scam Alert

Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Pagi Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ..

Sumber Gambar : Mr Facebook 

SCAM ALERT 


Siapa sangka kegembiraan bercuti di hotel boleh bertukar musibah apabila anda mungkin kehilangan wang hanya dengan menerima satu panggilan telefon yang didalangi oleh sindiket penipuan.

Kebelakangan ini, terdapat satu sindiket penipuan licik yang memperdaya penginap hotel dengan membuat panggilan ke bilik hotel secara rambang bagi mendapatkan maklumat kad kredit mereka.

Modus Operandi Yang Digunakan:


1. Mangsa menginap di sebuah hotel dan telah membuat pembayaran menggunakan kad kredit.

2. Ahli sindiket akan membuat panggilan ke hotel tersebut sebelum meminta disambungkan ke mana-mana bilik secara rambang.

3. Semasa berada dalam bilik, mangsa menerima panggilan telefon yang kononnya daripada “front desk” hotel, berkenaan masalah pengesahan kad kredit.

4. Ahli sindiket akan memperdaya memastikan mangsa untk percaya panggilan tersebut adalah daripada “front desk” hotel dengan gaya percakapan yang profesional.

5. Mangsa diminta membacakan semula nombor kad kredit dan membuat pengesahan tiga digit nombor di belakang kad kredit yang telah digunakan.

6. Mangsa yang percaya akan memberikan semua maklumat kewangan yang diminta oleh ahli sindiket.

Nasihat Polis:


1. Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada sekiranya menerima apa-apa panggilan yang meminta maklumat kewangan terutamanya maklumat kad kredit.

2. Ambil sedikit masa untuk bertanyakan beberapa soalan kepada pemanggil dan rujuk kepada orang ketiga (ahli keluarga/rakan) sebelum memberikan sebarang maklumat atau respon.

3. Dinasihatkan urusan pengesahan kad kredit hanya dibuat secara bersemuka di kaunter.

Sumber : Fb Polis Di Raja Malaysia 

Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. Lagi taktik jenayah.. Macam2 jenayah penipuan berlaku kat negara ni. Hm..

    BalasPadam
  2. Macam2 cara orang menipu sekarang ni yer ;)

    BalasPadam
  3. Thanks Lya , good info...salam 12 ramadhan ..p/s menu apa lah ye masak hr ni..

    BalasPadam
  4. macam-macam cara orang jahat ni.hmm.be careful :)

    BalasPadam
  5. macam-macam sekarang ni ya Kak Lya

    BalasPadam
  6. nice sharing....nasib baik tak guna kredit kad.....

    BalasPadam
  7. ish tak pasal2..dunia skarang penuh tipu muslihat..

    BalasPadam
  8. info yg bagus utk pendedahan org ramai
    skrg mcm2 bentuk scam
    moga mereka yg buat perbuatan terkutuk ni diberi hidayah n kesedaran

    BalasPadam
  9. Terima kasih kak atas perkongsiannya. Saya ni tak reti nak guna kad-kad booking hotel ke, tiket penerbangan, biasa minta mak abah je uruskan. ;v

    BalasPadam
  10. Erkk..macam ni pun ada..
    Apepun, x boleh dedahkan 3 nombor kat blkg kad. Even mase swipe kat mane2..jgn biarkan cashier bace no tu.

    BalasPadam
  11. Bahaya giler ni..

    BalasPadam
  12. bahayanya sekarang,,,,semoga kita semua dijauhkan...

    BalasPadam
  13. terima kasih sis atas info.. mcm2 taktik penipuan wang sekarang nie..

    BalasPadam
  14. Ade je tak tik yang dorang gunakan untuk menipu..kena hati hati ni.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.