❤ Makanan Berisiko Mengundang Keguguran ❤

Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Petang Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Makanan Berisiko Mengundang Keguguran



Sumber Gambar : Mr Google 

Sememangnya selera makan wanita hamil sukar diduga terutama selepas melepasi tempoh mual dan alahan yang teruk pada trimester pertama. Apabila hormon ibu hamil sudah stabil, keinginan untuk merasa pelbagai jenis makanan amat tinggi.

Bagaimanapun apabila bakal ibu baharu memasuki trimester kedua kehamilan, pengambilan makanan masih perlu diberi perhatian. Tidak boleh sebarangan memakan makanan yang diidamkan kerana bimbang jenis makanan yang ibu mahukan itu tergolong dalam kategori makanan yang menjadi punca keguguran.

Berikut adalah beberapa jenis makanan yang disaran dielakkan pada awal usia kehamilan anda.

Vitamin C
Ia terkenal sebagai alat kontrasepsi semula jadi. Oleh itu jangan mengambil dalam dos yang tingg kerana ia membuatkan anda berisiko mengalami keguguran di awal kehamilan.

Nanas
Buah yang satu ini memang amat ditakuti oleh kebanyakan ibu baharu hamil. Dikatakan ia boleh menyebabkan keguguran. Nanas mengandungi enzim protease bromelain. Enzim ini dapat melembutkan pangkal rahim sehingga boleh menyebabkan keguguran.

Jeruk
Buah-buahan yang dijerukkan mengandungi banyak vitamin C. Jika dimakan keterlaluan maka ia mendedahkan bakal ibu kepada bahaya keguguran.

Teh Hijau
Teh hijau memang diketahui banyak khasiatnya kepada si peminum tetapi ia tidak digalakkan untuk ibu hamil. Teh hijau dapat menyebabkan masalah pada kesuburan dan juga membuatkan anda keguguran.

Ikan Masin
Pengambilan ikan sebagai makanan utama ketika hamil memang amat digalakkan kerana ia mengandungi DHA yang tinggi. Tetapi tidak kepada ikan masin yang mengandungi bahan pengawet seperti garam dan bahan kimia yang boleh meningkatkan tekanan darah ibu hamil. Oleh itu jika mengidam makan ikan masin, eloklah anda fikirkan risiko buruknya.

Keju Proses
Keju sememangnya kaya dengan kandungan kalsium tetapi ada beberapa jenis keju yang menjalani beberapa kali proses. Keju jenis ini tidak baik untuk kandungan.

Apa pun ibu hamil digalakkan merujuk kepada doktor pakar berkenaan pengambilan jenis makanan tersebut demi memastikan kandungan terus membesar dengan sihat.

Sumber: Pa&Ma

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. vit c n ikan masin tuh xtau la bhyakan kndungan

    BalasPadam
  2. Semua makanan tajam2 mmg tak elok utk mak2 mengandung..nice sharing k.lya.

    BalasPadam
  3. tak pernah dengar vitamin C boleh membahayakan ibu mengandung..just check,memang betul..overdose Vitamin C boleh menyebabkan tekanan pada hormon progestrone which will lead to keguguran.

    new info to me..toche2!

    BalasPadam
  4. wanita2 dan para suami kena alert dgn perkara ni..:D

    BalasPadam
  5. ikan masin tak boleh erk..baru tau

    BalasPadam
  6. Ok Noted.Thanks Kak Lya kongsi info :)

    BalasPadam
  7. dah 'berisi' nih bab makan memang kena jaga..

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.