❤ Sampai Hati !!! Pihak Pejabat Pos Buat Camni Kat Kita ...❤

Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Malam Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Ok ni Lya nak citer kisah sedihhh ..Sedih untuk Lya jer la bukan korang heheheehe ..Ok baru2 ni kan Blogger Fiza ada poskan hadiah untuk Pemenang Top Komentator Bulan May ...Lya dapat hadiah Fridge Magnet .. Fiza dah poskan Hadiah Untuk Top Komentator May 

Tapi kan nak jadi citer yang ada kat sampul surat tu hanya kad blogger Fiza jer ..Fridge Magnet dah lesap entah kemana ..Takder pon kat dalam sampul tu ..Dan yang paling Lya sakit hati sesangat ni sampul tu dah dibuka sebelum Lya buka .. Nak tahu camner Lya tahu sampul tu dah dibuka .Tengok gambar kat bawah tu ada bekas buka dan bekas di gam balik ... Bila Lya cuba bukak sampul tu memang dah nampak kesan bekas dibuka dan digam balik ...

Mungkin korang ingat budak2 nakal ke yang buat camtu kan kan kan ??? Tak sebenarnya ..Sebab lepas jer posmen masukkan kat peti surat Lya terus ambil...Bila pegang sampul tu memang ringan ...Masa POSMEN tu hantar memang dah KOSONG sampul tu .. Lagipon kat sini takder budak2 nakal yang TERJAH PETI SURAT ORANG ...

Sedih jugak sebab tu Hadiah dari seorang sahabat.Sepatutnya sekarang ni dah melekat kat PETI AIS
Lya.Tapi jadi camni pulak terasa sangat2 ..Tak tahu la nak cakap siapa salah dalam keadaan sekarang.nak kata POSMEN yang hantar surat tu ...rasa cam tak logik sebab POSMEN tu mmg selama ni hantar surat dan barang selamat sampai dengan jayanya .. Nak kata ORANG DEKAT PEJABAT POS pon serba salah sebab tak tahu ..Nak salahkan siapa sebenarnya dalam hal ni ???

Tapi Lya nak bagitau satu jer la dalam hal ni Pihak Pejabat Pos la yang cuai hinggakan barang yang dihantar hilang entah ke mana ..Ya la pakai Pos Biasa jer tapi bila barang hilang mana LETAKNYA TANGGUNGJAWAP Pihak Pejabat Pos kan ??? Macammana barang yang diposkan boleh hilang dengan sendiri ...Dan YANG PELIKNYA ..kalau barang tu tercicir tanpa sedar la katakan ..Kenapa sampul tersebut digam balik dengan sempurna ..Maknanya kat sini ADA ORANG DI KALANGAN ORANG PEJABAT POS la yang buat camtu kan ...Sebab Fiza poskan barang tersebut terus ke PEJABAT POS bukan melalui orang tengah Pejabat Pos mana pon Lya tak dapat la nak cakap .
Sebab kita pon tak tahu kejadian ni terjadi kat  Pejabat Pos Seremban Utara Fiza atau kat Pejabat Pos Balok Kuantan Lya..


Lya ada borak2 ngan Fiza kat FB pasal ni ..Fiza pon TERKEJUT ..Sungguh tak sangka benda ni TERJADI.Fiza cakap nak bagi yang lain ..Tapi bagi Lya takper la sebab benda ni terjadi di luar jangkaan kita ..Lagipon BUKAN SALAH FIZA ... 

Apa2 pon Lya gembira jugak sebab dapat kad nama dari Fiza ..Cantik jer ..Tq Fiza ..



Catat Ulasan

36 Ulasan

  1. huuu sedih dan kecil hati juga la kalau dapat macam ni...huu kadang selalu risau pos something, takot tak sampai..rosak and so on huu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la tetiberr jadi sedihh sebab itu pemberian sahabat ..Lya ni jenis menghargai benda2 yang org bagi huuhu.........

      Padam
  2. diorang kadang2 hired orang yang x beretika buat kerja kan..x amanah...sabar la Lya ye....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la SA ..susah la nak percaya pas ni ..huhuhuhu ... Sabar sabar

      Padam
  3. Sabar yer Lya... Insha Allah nanti terima hadiah2 yer...

    BalasPadam
  4. Mmg takde rezeki sungguh la tu.. Sy tiba dengan selamat dan dh siap lekat juga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhuhu sukernya dahh dapat eaaa ..
      Takder rezeki Kak Lya la tu ...takper la akak REDHA jer ..

      Padam
  5. Pandai eh PPL buat aniaya kat org. Kalau ana jd k.Lya, mmg diorang makan maki hamun je. Kite pelanggan. Haruslah ade kuasa meminta brg yg sepatutnye dapat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu sedihh sudahhh ... Tak nak la maki hamun orangtak sanggipla Ana ..kak Lya bukan jenis suka serang2 orang huhuhu ..kak Lya anggap takder rezeki Kak Lya la Ana ..

      Padam
  6. Kes pihak pejabat pos bukak surat orang lain bukan kes baru. Ia dah berkumandang banyak kali sejak ABM sekolah lagi. Surat dibuka, surat hilang, surat tak sampai.... benda benda macam ni la yang membuatkan orang awam semakin hilang kepercayaan kepada Pos Malaysia.

    Terbaru, salah seorang rakan blogger ABM kehilangan fridge magnet dalam surat yang dihantar secara pos biasa. Surat itu disyaki dibuka dan bukannya terkoyak kerana ada kesan surat itu dibuka dan digam semula. Dan yang bestnya, HANYA fridge magnet tu yang hilang. Kad blogger yang disertakan sekali masih elok berada dalam sampul tersebut.

    ABM takmau cakap banyak. Tapi pada sesiapa sahaja yang melakukan perkara sedemikian, insaflah. Kalau jadi apa-apa kat awak nanti, jangan menyesal. Ingat, doa orang yang teraniaya tiada hijab. Lebih-lebih lagi di hari Jumaat ni. Nak puasa dah wei!

    p/s : roomate ABM kerja Pejabat Pos, tapi bukan cawangan tempat dia yang dimaksudkan terlibat. Sekian terima kasih.

    *ABM update status macam ni kat Facebook. Huhuhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq ABM ... tu la yang peliknya ..kalau dia nak sangatt FM tu bgtau la abiss citer ni tak ambik yang org punyerr huhuhu DOSA TAU ..

      Padam
  7. Eeee sakitnya hati ! Huhuhu. Kak Lya balok katne ? Kg kita kat beserah. Hiksss. :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iesya ..tu cawangan terdekat PP ..Kak Lya tak duk kat BALOK hehehe ..Kak Lya kat Chendor ni jerr Iesya ..

      Padam
  8. huhuhu sedihnya,,,, wat aduan sis,,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhuhu sedihh sedihh walaupon kecik jer tapi itu HADIAH dr sahabat ..sedihh sedihh..

      Padam
  9. tu la syira risau kalau pos pa pe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la Syira ..Kak Lya pon naik pening jugak tak tahu la siapa punyerr kerja huhuhu.....

      Padam
  10. Kak Lya , kita senasib . saya pun kena tau . sedihhhhh :'( baru tadi jerr kejadian berlaku . huhu . sampai hati betul org yg buat tu . even hadiah sekecil tuh pun ,, x payah lah nak d'ragat . x patut sungguh . haihh . semoga Allah merahmati spesies sperti mereka2 ni . :'(

    BalasPadam
  11. melampau kan sis?sabar yer?

    BalasPadam
  12. ecah dah 2 kali kene..sekali barangan online ecah beli..kali kedua surat tawaran study kat australia..maybe die tgk cop luar ngara..so bila smpai ecah tanya knapa dah terbuka..posmen tu ckap xtao..memang smpai kat tangan dia dah terbuka..peliknyeee..

    BalasPadam
  13. tak patut betul posman buat macam ni.. tak amanah langsung..

    BalasPadam
  14. ishh.. takot la plak... anis penah dpt sampul yg mcm terkoyak..tapi barang2 semua ade.. tak amanah la macam tu..hurmm.. pelik2 org skrg.. bukan hak kite pun nk di ambil..

    BalasPadam
  15. Fiza pun sedih gak kak..sampai hati pihak pos malaysia tak amanah dalam menjalankan tugas dorang..hopefully kes ni tak terjadi lagi pada sesiapa pun..InshaAllah ada sesuatu yang lebih baik.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.