Manfaat Tidur Sebentar (Qailulah)

Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Tengah Hari Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Manfaat tidur sebentar (qailulah) waktu siang adalah untuk mencergaskan badan. Qailulah ialah perkataan dalam bahasa arab yang bermaksud tidur sebentar pada waktu tengah hari.Qailulah dapat membantu seseorang mudah bangun malam untuk beribadah. Ianya adalah sunnah Nabi SAW.
Kadar sebentar itu kita boleh ambil kira antara 10-20 minit.

Sesungguhnya amalan Sunnah ini rupa-rupanya mempunyai manfaatyang sangat besar untuk kita amalkan.
Ia nampak ringan, sekadar tidur beberapa minit sahaja tetapi manfaatnya amat besar sekali. Rasulullah s.a.w telah mengajar kita cara yang paling baik untuk memulihkan tenaga kita dan meningkatkan kecergasan badan. Jika anda berkesempatan lakukanlah amalan sunnah ini.

Sebaik-baiknya lakukanlah amalan sunnah ini sebelum waktu Zuhur dan bangun sebelum tergelincir matahari untuk menunaikan solat Zuhur.

Dalam sesetengah masyarakat, tidur pada waktu siang dianggap satu perlakuan orang yang malas dan ianya tabiat yang buruk. Di Negara maju seperti Amerika Syarikat mereka mengkritik perkara ini kerana tidak mendatangkan keuntungan kerana bagi mereka masa adalah duit. Namun sejak kebelakangan ini mereka mula sedar akan kepentingan tidur seketika pada waktu siang. Jadi ianya satu amalan yang sihat untuk dilakukan dan ianya Sunnah Rasulullah s.a.w.




Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Amalan yang baik tapi selalunya kalau dah tidur xcukup 10~20 minit... Nak berjam2... huhu...

    BalasPadam
  2. very nice sharing ^^ ramai yang xtahu ni..hee macam saya.

    BalasPadam
  3. banyak manfaat rupenye tido sekejap waktu siang.. nice sharing kak lya.. :)

    BalasPadam
  4. Dulu ustazah ana pun ckp camtu. Kalau tidur lame2 membawa kemalasan.

    BalasPadam
  5. info yg menarik.....tq sbb kongsi kak lya...:D

    BalasPadam
  6. salam kak lya..baru berkesempatan lawat akak hari nie..bz yg amat..akak apa khbr sihat ke??? he

    BalasPadam
  7. Perkongsian yang baik, tak ramai yang tahu tentang nie :)

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.