Makna Sebenar InsyaAllah

Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Tengah Hari Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Setiap hari kita sering mendengar orang mengucapkan kata InsyaAllah.Apakah maksud sebenarnya daripada ucapan ini.Adakah kita semua tahu apakah maksud disebalik sebutan InsyaAllah !!!! 

InsyaAllah ada kaitannya dengan kepastian. Kepastian atas segala sesuatu yang menyangkut "nanti atau esok" tidaklah dapat dipastikan oleh manusia.Semua yang berkaitan dengan kejadian itu akan datang dan hanya akan berjalan dengan kuasa Allah semata. 


InsyaAllah ( Ø¥Ù† شاء الله‎) bererti "Jika Allah Menghendaki". Ini menunjukkan bahawa kita tidak tahu masa hadapan,apa yang berlaku kepada kita. Selain itu, ia juga menunjukkan bahawa manusia punya rencana, Allah punya kuasa. Dengan demikian, kata Insya Allah menunjukkan kerendahan hati seorang hamba sekaligus kesedaran akan kekuasaan Allah.

Kisah Sirah Rasulullah


Beberapa penduduk Mekkah datang kepada Nabi Muhammad saw. bertanya tentang roh, kisah Ashabul Kahfi dan kisah Zulkarnain. Nabi menjawab, "Datanglah esok pagi kepadaku agar aku ceritakan." Keesokan harinya wahyu tidak datang menemui Nabi, sehingga Nabi gagal menjawab hal-hal yang ditanyakan. Tentu saja "kegagalan" ini menjadi cemuhan kaum kafir.

Saat itulah turun ayat menegur Nabi
"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu: "Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu esok pagi, kecuali (dengan menyebut): "InsyaAllah". Dan ingatlah kepada Tuhan-Mu jika kamu lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini." (TMQ Surah Al-Kahfi 18:24)

Pengajaran Dari Kisah Sirah Rasulullah


Dari kisah di atas kita tahu bahkan Nabi pun mendapat teguran ketika alpa mengucapkan InsyaAllah. Beginilah kita harus memahami makna ungkapan InsyaAllah; ia menegaskan kesedaran manusia akan keterbatasannya, perasaan rendah hati seseorang yang hendak berbuat sesuatu mengetahui bahawa diatas semua yang ia lakukan dan katakan, Tuhanlah yang memiliki kekuasaan untuk mewujudkannya.

Namun begitu, ada sebagian diantara kita sering melupakan peranan dan kekuasaan Allah ketika hendak berencana atau mengerjakan sesuatu. Sebagian diantara kita malah secara keliru mengamalkan kata Insya Allah sebagai cara untuk tidak mengerjakan sesuatu. Ketika kita diundang, kita menjawab dengan kata Insya Allah bukan dengan keyakinan bahawa Allah yang punya kuasa tetapi sebagai cara berbaik-baik untuk tidak memenuhi undangan tersebut. Kita rupanya berdalih dan berlindung dengan kata InsyaAllah.
Jika berjanji, mesti tunaikan.

Begitu pula halnya ketika kita berjanji,sering kali kata InsyaAllah keluar begitu saja sebagai perkataan biasa dalam pergaulan. Yang benar adalah,ketika kita diundang atau berjanji pada orang lain, kita ucapkan Insya Allah, lalu kita mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi undangan ataupun janji itu.

Bila tiba-tiba datang halangan seperti sakit, hujan, dan lainnya, kita tidak mampu memenuhi undangan ataupun janji itu, maka di sinilah letak kekuasaan Allah.Di sinilah baru berlaku makna InsyaAllah.

SUMBER :- Google 

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. betul tu sis..dlm berjanji kena cakap insha Allah
    takut kita x dpt tepati janji tu nanti
    pd ms yg sm kita kena berusaha menunaikan janji walau dlm apa sekalipun

    BalasPadam
  2. Thanks sharing. Baru tahu apa maksud InsyaAllah :D

    BalasPadam
  3. bagus perkongsian ini.Ada masa, ramai yg beranggapan InsyaAllah sebagai cara mengelak untuk tidak hadir apabila dijemput atau buat sesuatu.Sedangkan ia bermakna, kerjakanlah dan penuhi undangan sedaya upaya, sehingga akhirnya jika tidak berhasil, maka barulah betul ucapan InsyaAllah itu.

    BalasPadam
  4. Pernh sy nyatakan dlm satu entry pasal ni... Salah guna perkataan Insha Allah..

    BalasPadam
  5. sebab kita hanya boleh merancang tapi Allah jua yg menentukan.. :)
    nice share.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.