Majlis Temu Mesra 2014 ~ SKSG

Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Tengah Hari Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ..

Alhamdulillah selamat mengikuti Majlis Temu Mesra 2014 kat sekolah Kakak Insyirah & Iman.Majlis ni diadakan bersempena perjumpaan ibubapa dengan guru kelas anak2 bagi mengetahui maklumat lanjut tahap pembelajaran anak2 di sekolah.Majlis diadakan pada pukul 11:15 pagi tadi bertempat di kelas anak masing2 ....


Oleh kerana dua orang anak Lya bersekolah kat sini ..Lya dan En Hubby ambik keputusan Lya ke kelas Kakak Insyirah dan En Hubby ke kelas Iman .. Jadi mudah untuk kami mengatur masa dan tak perlu terkejar2 untuk kedua2 kelas jika seorng saja yang pergi ..Dua2 pergi jadi mudah sikit ..

Berbincang dan berbicara bersama guru kelas Kakak Insyirah ,Cikgu Zalia Manan ..Banyak yang diperincikan oleh beliau mengenai tahap pembelajara juga sikap dan tingkah laku Insyirah kat kelas..Alhamdulillah Cikgu Zalia cakap pelajaran Insyirah OK takder masalah ..Cuma ada sesetengah matapelajaran yang perlu diberi perhatian lebih untuk TERUS MAJU ..Seorang pelajar yang selalu ambil bahagian kalau sesuatu pertandingan diadakan,aktif dan suka berbincang bersama kawan2 jika tidak memahami apa yang Cikgu ajar .. Seorang yang CERIA,bersifat POSITIF,selalu menolong,baik hati dan yang paling penting yang Cikgu Zalia suka ..SIFAT INSYIRAH YANG SUKA BERTANYA ..jika tidak memahami satu2 mata pelajaran ... Alhamdulilah lega dengar bila Cikgu sendiri bagitahu sifat dan tingkah laku anak2 kita kat sekolah ......

Kat sekolah tadi Cikgu Zalia bekalkan sebuah buku ''SARANA Ibubapa'' untuk semua ibubapa yang hadir... Satu keluarga satu buku .. Buku ini adalah edaran Kementerian Pendidikan Malaysia ..

Ok ..Dah settle semua boleh balik dan anak2 boleh dibawa pulang sekali.Hari ni BOLEH BALIK AWAL.
Dah selesai jumpa En Hubby & Iman kat luar sekolah ..Diaorg siap awal ..Mengenai pembelajaran Iman pula kata En Hubby..Cikgu cakap Iman Ok kat kelas tak banyak main suka menulis dan juga aktif ..Bila En Hubby tanya Cikgu ..Iman ni banyak cakap tak kat sekolah ..Cikgu cakap dia suka bercakap dan suka bertanya ..kalau Cikgu tanya dia akan mudah menjawap dan takder masalah.. Kat rumah Iman ni tak banyak cakap sebenarnya ...Bila Cikgu dah bagitahu camtu OK la ..Tapi satu jer yang Iman ni pelik sikit kalau Cikgu bagi kerja atau jawap soalan ujian walaupon jawapan pilihan dah diberi dia akan buat ayat sendiri dia tak ikut yang ada kat atas.. Alahai PELIK betul la Iman nie ..Tapi Cikgu cakap sesetengah jer dia buat camtu lain2 OK .. Alhamdulillah ...SELESAI URUSAN KAT SEKOLAH ANAK2 ..

Balik dari perjumpaan terus ke PASTI untuk jemput Akif ..Arini Akif balik bersama Umi,Abah,Kakak Insyirah dan jugak Abang Iman .Terkejuzzzz kejap bila keluar kelas arini Umi yang datang jemput....Tersengeh2 kat pintu kelas ..Suka la tuuuu .......




Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Alhamdulillah dania mmg tunjuk peningkatan dlm kelas ...majlis ni la yg SA x dpt pegi tu...silap satu je...lambat sekolah kuarkan surat...if cpt x pe boleh plan cuti..

    BalasPadam
  2. Oh, buku Sarana ibu/bapa tu. Memang elok pun bila wujud buku tu. Zaman ana dulu rasenye takde lagi buku tu.

    BalasPadam
  3. kat tempat adik husna panggil konferensi waris.. parents jumpa guru kelas, tunjuk report card pastu cakap2 sikit pasal anak memasing..:)

    BalasPadam
  4. Wah... Awal ek... Kami buat bln puasa nnt rasanya...

    BalasPadam
  5. hihi,,,syoknya,,tringat dulu2 parent dtg ambil report card,,,,

    BalasPadam
  6. Siap ada majlis tamu mesra ye sekarang..

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.