❤ Kritikan vs PENGHARGAAN ❤

Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Malam Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Kritikan vs PENGHARGAAN

1. Penghargaan yang ikhlas ialah ubat yang menyembuhkan pelbagai sakit emosi. Penghargaan hendaklah diberikan terus dari hati dan dipamerkan melalui perbuatan serta diluahkan melalui perkataan.

2. Kritikan yang negatif meninggalkan parut di hati anak-anak.

3. Daripada berkata, “Kamu ni tak boleh diharap langsung", adalah lebih baik untuk mengatakan , “Ayah/ibu akan rasa gembira jika selepas bermain, kamu simpan balik semua mainan itu”.

4. Walaupun anak melakukan kesilapan dalam usahanya untuk melakukan kebaikan , adalah lebih baik untuk menghargai usahanya. Contohnya anak memecahkan gelas ketika dia membawa segelas air untuk kita. Kita fokuskan kepada usahanya dengan berkata, “Terima kasih kerana berusaha membawakan segelas air untuk ayah/ibu. Gelas yang pecah dan air yang tumpah itu, kita boleh bersihkan bersama-sama. Ayah/ibu tahu kamu boleh bawa gelas tanpa memecahkannya di lain kali" Jangan katakan sesuatu yang membuatkan anak rasa dia gagal sebaliknya berikan penghargaan untuk dia merasa kejayaan walaupun dia telah melakukan kesilapan..

5. Kita perlukan emosi yang stabil dan aman harmoni supaya mampu untuk memberi penghargaan dengan seikhlas hati.

6. Ketika memberi teguran dan nasihat, fokus kepada tingkah laku anak yang negatif bukan kepada peribadinya.

7. Memberi keyakinan kepada anak bahawa tingkah laku boleh diubah jika dia berkemahuan.

8. Memberi keyakinan kepada anak bahawa kita akan sentiasa berada di sisinya untuk membantu dalam usahanya membuat perubahan tingkah laku.

9. Sebelum membaca doa untuk tidur, berilah sedikit penghargaan supaya anak dapat tidur dengan tenang dan hati yang gembira. 

Terima Kasih Sudi Baca !!!

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Kritikan dan penghargaan...kedua-duanya perlu tapi perlu lah berpada-pada dan ikhlas untuk kebaikan.

    BalasPadam
  2. apa yang yang kita cakap, tulis dan fikir adalah doa.

    BalasPadam
  3. penghargaan dan kritikan juga doa. tambah2 doa seorang ibu...pilih yang mana satu

    BalasPadam
  4. Bersabar dalam menerima ape sahaja kritikan yang dicurahkan

    BalasPadam
  5. kritikan mampu menjatuhkan semangat manakala penghargaan menjadi pemangkin untuk kita terus kehadapan :)

    BalasPadam
  6. Tiada siapa suka kritik cuma, teguran mmbina memberi perangsang dan semangat...

    BalasPadam
  7. Thanks kak Lya. Ana copy tau tips ni masuk memo. Sebagai ingatan sentiase. ^_^

    BalasPadam
  8. terbaik...patut di amalkan.tapi kadangkala terbabas juga..hehehe..

    BalasPadam
  9. gunakan ayat dan perkataan yang sesuai :)

    BalasPadam
  10. assalamualaikum lya...terbaik ni...:)

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.