Sabar Itu Indah

Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Pagi Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Sabar itu sesungguhnya indah...dengan kesabaran menepis segala fitnah, cacian, kedengkian orang yang cuba menjatuhkan maruah kita akan menaikkan semangat untuk terus berusaha. Kadangkala rasa sakit itu luar biasa dan ada yang boleh menyebabkan kita berputus asa. 

Sabar itu indah namun kita perlukan iman serta takwa terhadap Allah swt. Tanpa iman dan takwal kepada Allah swt amatlah sukar untuk kita menghadapi ujianNYA kerana ujian itu datang dalam berbagai bentuk. Ada yang mudah dan ada yang sukar. Namun semuanya menambahkan ilmu untuk kita mengenal dunia untuk mencari makna hidup yang sebenar...

Marah itu mudah, Sabar itu indah ..“Bukan ukuran kekuatan seseorang itu dengan bergusti tetapi orang yang kuat itu adalah orang yang mampu mengawal hawa nafsu ketika marah.” - Hadis riwayat Bukhari

Di setiap KEGELAPAN Pasti ada TERANG
Di setiap DOA Selalu ada JAWAPAN
Di setiap KESUSAHAN Pasti ada KEMUDAHAN
Bertahan dan Bersabarlah.....


Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. sabar adalah yang sebaik2nya kann lya?

    BalasPadam
  2. hari2 kita cuba bersabar dgn ujian...kalau rasa lemah tu minta tolong Allah beri kita kekuatan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allah tahu setakat mana kita mampumenghadapi ujian dariNYA ..

      Padam
  3. Assalammualaikum..
    Orang yang bersabar ni banyak ganjarannya kerana kesabaran itu banyak menguji kita.

    BalasPadam
  4. di setiap kegelapan pasti ada terang.. inshaAllah..

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.