Patut Ke Tak Patut Suami Teman Isteri Bersalin


Salam Ukhwah Fillah ...
Selamat Malam Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...



Alhamdulillah masih lagi boleh menaip ..Jari tak sakit otak tak sakit kepala pon ok jer arini .Nak citer tentang apa la .. Apakata kita bukak topik ''Patut Ke Tak Patut Suami Teman Isteri Bersalin !!''

Kalau Lya la ..Lya punya pandangan mmg patut la suami ada temankan isteri masa isteri nak bersalin.Banyak kebaikan yang suami dapat bila teman isteri kat bilik bersalin ... Untuk pengetahuan sahabat2 sekalian .. masa bersalin ketiga2 anak Lya ..suami sentiasa di sisi ..Alhamdulillah dipermudahkan segalanya .. Nak tahu tak kelebihan dan kebaikan yang suami dapat jika teman isteri bersalin ..Banyak manfaatnya ..

Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?

Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

 Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

 Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

 Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

 Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu,jika takut melihat darah? Ni kena kat atas batang hidung en hubby.
Dia TAKUT DARAH.Huhuhuhuu .. Dalam2 takut dia tu sampai hilang takut sebab setia jer ngan isteri dia ni dari awal hingga la ke akhir ..Terima kasih en hubby ..

Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap.

Suami boleh membantu dengan cara:

Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
Memberi kata-kate semangat untuk isteri
Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
Mengelap muka isteri apabila berpeluh
Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri.

Ok ..apalagi wahai suami2 mithali jom lerrr teman isteri anda saat2 isteri nak bersalin ..Buang jer sifat takut2 tu ..Kalau takut darah buang jauh2 sebab yang kita nak teman tu isteri kita yang bakal melahirkan anak comel untuk kita ... Takut tolak tepi ..Buang jauh2 dari KAMUS HIDUP .. Bukan nyerr isteri bersalin hari2..Oppssss ayat huhuhuhuu ...

Catat Ulasan

0 Ulasan