Kita PASTI Pulang

Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Tengah Hari Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Kita pasti pulang menemuiNYA,
Sama ada suka mahupun duka,
Sama ada sedia mahupun tidak,
Kerana kita insan biasa,
Punya dosa punya noda.

Kita pasti kembali padaNYA,
Kerana kita dicipta olehNYA,
Dia berhak menentukan segalaNYA,
Insan yang lemah harus bersedia,
Jangan terus ditipu dengan dunia. 

Kita pasti dipanggil OlehNYA, 
Apabila kita dipanggilNYA,
Tiada jalan pulang semula,
Tiada siapa dapat membantu kita,
Hanya amal peneman setia.

Kita pasti dihitung disana,
Bagi disempurnakan segala pahala dan dosa,
Untuk menyaksikan siapa yang benar dan dusta,
Siapa yang ikhlas beramal kepadaNYA,
Atau hanya berpura-pura.

Kita pasti disempurnakan ganjaranNYA,
Sama ada nikmat mahupun azab,
Sama ada syurga mahupun neraka,
Bersedialah sebelum ajal menjelma,
Agar kematian tidak sia-sia,
Tetapi menjadi jalan untuk ke syurga. 

Kita harus insaf segera,
Taubat dan istighfar sepenuh jiwa,
Beramallah dengan sepenuh raga,
Agar kematian menjadi kerehatan buat kita,
Setelah bersusah payah diuji di dunia.

Ingatlah saat kita dilahirkan,
Kita menangis insan lain ketawa,
Kerana gembira dengan kehadiran kita, 
Begitu juga saat kita pulang kepadaNYA, 
Insan lain menangis kehilangan kita,
Mudah-mudahan kita tersenyum saat insan lain berduka,
Berbahagia kembali kepadaNYA,
Tamatlah sudah kisah duka,
Di pentas dunia yang penuh fana.

Ingatlah saat kita dilahirkan,
Kita diazan dan diiqamahkan,
Tiada solat yang menyambut kita, 
Tetapi apabila kematian menjemput kita,
Kita disolat tanpa diazankan,
Ianya seolah-olah isyarat Maha Esa,
Azan semasa dilahirkan untuk kematian kita,
Mudah-mudahan kita tenang disana, 
Kubur menjadi taman syurga,
Bukan satu daripada lubang neraka,
InsyaAllah syurga destinasi terakhir kita.

Catat Ulasan

9 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.