Kementerian Kesihatan Sahkan DNA Babi Dalam Dua Produk Coklat CADBURY

Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Malam Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu pengesanan DNA khinzir (porcine) dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel –Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas melalui aplikasi media sosial pada 23 Mei 2014. Di dalam media sosial tersebut telah memaparkan keputusan analisis DNA khinzir (porcine) dikesan di dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel –Cadbury Dairy Milk.

Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya.

Hasil siasatan oleh KKM mendapati tiga (3) sampel coklat Cadbury telah diambil untuk analisis DNA khinzir (porcine) bagi tujuan pemantauan. Keputusan analisis mendapati dua (2) sampel telah dikesan mengandungi DNA khinzir (porcine) iaitu:
Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan
Coklat Susu dengan Buah Badam – Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.

Manakala, satu (1) lagi sampel Coklat Susu – Cadbury Dairy Milk Chocolate tidak dikesan DNA khinzir (porcine).

Pihak pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. telah memberi jaminan akan memanggil balik produk-produk yang terbabit dari pasaran dengan serta-merta.
KKM menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok (batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, pengguna boleh mengemukakan kepada KKM melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atauwww.facebook.com/bkkmhq

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

24 Mei 2014



Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Thanks Lya kerana menghebahkan perkara nie... Moga kita berjaga2 dalam memilih makanan kita :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 Zumal ..yang baik perlu kita hebahkan ..moga2 kita dapat ambik iktibar dan lebih berhati2 nanti

      Padam
  2. Balasan
    1. Betul tu Mama ..kena lebih berhati2 memlilih produk untuk diri dan keluarga kita.

      Padam
  3. Balasan
    1. Yuppp kena lbh berhati2 dan tahu mana satu produk yg mempunyai benda haram ni huhuhuu

      Padam
  4. Jap lagi keluar la tu kt berita. Huhu

    BalasPadam
  5. huhu mellya kalau makan coklat cadbury memang selalu beli hazelnut dengan roasted almond. Kecewa nyaaa =,=

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah tahu ni ..takpe la dulu kita tak tahu nak buat camner kan ..

      Padam
  6. Balasan
    1. Sabor jer la Ty ...
      Waa lamatak dgr citer huhuhhuhu ..
      Fb pon senyap jer

      Padam
  7. Kejam btl..cadbury ni brand femes kenapa nk burukkan prestasi dgn buat mcm ni..takut nk mkn cadbury lepas ni.

    BalasPadam
  8. sungguh tak disangka. coklat idaman yg disukai ramai ni ada dna babi dalamnya. so, maknanya dari dulu lg dna babi dah masuk dlm badan....

    BalasPadam
  9. huh...tak sangka...dah tau jgn makan ye kawan2...

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.