❤ Kalau Rasa ........ ❤


Salam Ukhwah Fillah ...
Selamat Petang Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Kalau rasa diri cantik, ada lagi yang lebih cantik.
Kalau rasa diri kacak, ada lagi yang lebih kacak.
Kalau rasa diri kaya, ramai lagi yang lebih kaya.
Kalau rasa diri miskin, ramai lagi yang lebih teruk miskin dari kita.
Kalau rasa diri kuat, ramai lagi yang lebih kuat dari kita.
Kalau rasa diri hebat, ada lagi orang yang lebih hebat dari kita.

Fikiran ini hanya sesama manusia sezaman dengan kita, andai tak mampu memikirkan kelebihan-kelebihan pada Nabi-Nabi. Nabi Sulaiman lagi kaya. Nabi Yusuf lagi kacak, Nabi Ayub lagi menderita dari kita, Nabi daud hebat dengan besi yang kuat, dan ramai kisah-kisah nabi yang hebat. Mungkin zaman ni orang kurang baca sejarah nabi-nabi lalu mengangkat diri dengan rasa hebat. Andai terlupa tentang kisah nabi-nabi, ingatlah...Allah Swt Maha Hebat, tiada tandingan. Semuanya pinjaman sementara, apa yang ada pada diri kita.


Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Salam..

    Asyik kalau jea.. nak cakap jugak..kalau cinta jangan kacau, kalau sayang tak perlu marah*eh, nyanyi pulak.. haha..

    kita hidup ni jangan berjalan mendongak ke langit jea.. kalau tersandung,jatuh, kita yang sakit kan kak.. jadi, apa yang allah bagi kat kita, adalah sempurna.. kalau terlebih lawa tu, jgn bermegah lah! say alhamdulillah.. ;)

    setuju ngan akk..

    BalasPadam
  2. setuju sangat. Kita manusia suka rasa yang orang lain ada, dan kita takde dan menyebabkan hilang rasa bersyukur

    BalasPadam
  3. kalau ada kartun animasi yang menceritakan tentang zaman nabi ditayangkan di tv kan bagus...boleh tarik minat budak kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Jia ..kanak2 ni diaorg suka mengadap kartun elok jugak di bawakan dlm bentuk animasi kan ..

      Padam
  4. kena sentiasa beringat siapa diri kita, mereka hebat kerana usaha mereka sendiri.. :)

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.