Salam Ukhwah Fillah ...
Selamat Malam Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Kita sebenarnya TIADA HAK untuk menghina sesama manusia. Tidak kiralah siapa pun dia.Apatah lagi jika kita tidak pernah duduk bersembang dengan orang yang kita hina itu. Kita hanya mengenali orang tersebut dari hasil 'cakap-cakap' orang lain yang entahkan betul entahkan tidak. 

Jika ada perilakunya yang kurang serasi dengan selera kita, tegur dengan baik.Bukannya dengan memfitnah,menghina, mencaci dan menyumpah.



Berhati-hatilah dengan setiap perbuatan dan perkataan kita, kerana setiap perbuatan dan perkataan mugkin telah menyakiti hati seseorang tanpa kita sedari...