❤ Isu Cadbury : Tiada 'Bersih Darah' & Tiada Samak/Sertu Mulut ❤

Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Malam Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...


Isu Cadbury : Tiada 'Bersih Darah' & Tiada Samak/Sertu Mulut


Bagi sesiapa yang telah termakan Cadbury berDNA babi secara tersalah atau tidak tahu berkenaan kewujudan unsur babi tersebut. Menurut hukum Islam, mereka TIDAK BERDOSA dan seterusnya TIDAK PERLU membersihkan darah.
Sebagaimana firman Allah swt :
وَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيمَا أَخْطَأْتُمْ بِهِ وَلَكِنْ مَا تَعَمَّدَتْ قُلُوبُكُمْ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا {الأحزاب: 5}
Ertinya : Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu tersalah padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ( Ahzab : 5)

Dan Nabi Muhammad salla ‘allahu ‘alaihi wasallam:
إن الله تجاوز عن أمتي الخطأ والنسيان وما استكرهوا عليه. رواه ابن ماجه وصححه الألباني.
Ertinya: Sesungguhnya Allah swt melepaskan dari umatku apa yang tersalah, lupa dan sesuatau (yang haram atau salah) yang dipaksakan ke atas mereka. ( Riwayat Ibn Majah, sahih)

Justeru, tiada istilah ‘membersihkan darah’, atau seolah DIRI akan ke neraka atau AMALAN LAIN akan DITOLAK kerana coklat terbabit sekiranya darah tidak dibersihkan. Ini semua tidak benar.
Namun, jika ingin diambil SAMAN GANTIRUGI atas kesilapan Cadbury dan kealpaan mereka atau keculasan menggunakan logo halal pada yang tidak halal, itu WAJAR DILAKUKAN namun JANGAN dihujah atas nama ‘membersihkan darah’ seolah ia tuntutan agama.
Juga TIDAK PERLU disamak mulut dan usus dengan air tanah, Islam tidak menuntut sedemikian dalam hal seperti ini. Jangan menyebabkan Islam disalah tanggapi dengan pandangan pelik dan tidak berasas kukuh.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
28 Mei 2014


Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. terima kasih pencerahan perkongsian ni kak lya...:DD

    BalasPadam
  2. Betul tu Lya... Moga orang Islam tidak lagi membeli jenama tersebut kerana walaupun yang lain tiada unsur khinzir tetapi adakah kita sedar segala peralatan yang digunakan untuk membuat coklat tersebut sudah tentu digunakan untuk membuat coklat lain keluaran mereka... Jadi fikir2kan la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bersama kita fikir2kan ..Tepuk dada tanya iman jgn tepuk dada tanya selera ..

      Padam
  3. terima kasih atas perkongsian menarik ni dear..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 Mama ..Sama2 kita berbagi ilmu sama2 kita berkongsi moga2 segalanya dapat dirungkaikan ..

      Padam
  4. Allah tak kan hukum bnda yg kita tak tahu... Bukan salah kita pun... Tak perlu la rigid sgt.. Islam tu mudah je kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu ..sebab tu la kalau nak bercakap kena ada asas agama ..kalau tak tahu apa2 jgn cakap lerr huhuhuhu.......

      Padam
  5. islam itu mudah...bukannya menyusahkan...kite tak tahu takpe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. YESS Islam itu mudah dan tak menyusahkan ..Ingat tu

      Padam
  6. terima kasih atas perkongsian yang baik ini. ramai yang pandang hanya babi haram. tapi ada lagi benda yang haram tp tetap lakukan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 Arz ..Betul tu ..
      Sama2 kita muhasabah diri kita sendiri..

      Padam
  7. Salam Lya..
    Thanks for good info..
    Yg pastinya kita kene beristighfar untuk bersihkan hati sebab ada secebis titik hitam akibat memakannya..
    Selebihnya tawakal kepada Allah untuk terima taubat dan bersihkan hati kita..
    Dan kene elakkan perkara shubhah.. Itu lebih baik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 Sue ...
      Moga2 kita lebih memhami erti dan sebab akan sesuatu sebelum bercakap ,.,.

      Padam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.