Akif Tanya Umi... Bagaimana Kembar Terjadi?

Bagaimana Kembar Terjadi?  | Semalam borak borak ngan Akif sambil layan WHI TV3..Masa tu ada sepasang kembar sedang menyanyi ..Akif cakap ''Umi cer tengok ni muka dia, dia pakai baju sama,tudung sama,kasut sama dan muka dia pon sama. Dia dua orang ni kembar ke Umi.'' Pastu Akif tanya lagi sebab apa dia kembar, 
sebab apa dia sama? 

Dek kerana nak bagi penerangan tak berapa nak tahu sangat, Umi pon mintak bantuan MR GOOGLE jer la dan Umi cari penerangan yang paling ringkas untuk anak Umi yang banyak sangat bertanya sejak akhir akhir ni. Untuk anak Umi yang rajin ni jawapan paling simple Umi boleh bagi ya.




Bagaimana Kembar Terjadi ?

Seperti yang kita ketahui, ada dua jenis kembar iaitu kembar seiras dan kembar tidak seiras.

Kembar Seiras

Secara teorinya, satu sperma akan bercantum dengan satu ovum untuk proses persenyawaan dan penghasilan zigot. Tetapi, sedikit istimewa dalam penghasilan kembar, pelanggaran antara sperma dan ovum tadi adalah kuat sehingga mengakibatkan ovum tadi terpecah dua dan menghasilkan dua zigot yang disenyawakan. Jadi ketika ini, ada dua zigot di dalam satu plasenta. Tetapi, jika perpisahan itu tidak sempurna, maka, kes bayi kembar Siam akan berlaku di mana terdapat percantuman di bahagian ataupun anggota tertentu.

Kembar Tak Seiras

Ini adalah sesuatu yang jarang berlaku, di mana di dalam proses sperma dilepaskan sebanyak beribu-ribu, tetapi ada dua yang berjaya masuk dan ovum yang terhasil ketika itu adalah dua yang aktif. [Kebiasaannya, satu sperma dan satu ovum dalam proses persenyawaan]. Jadi, kedua-dua sperma dan ovum akan melakukan proses persenyawaan, di mana, zigot yang terhasil akan mempunyai ciri-ciri tersendiri.

Selain daripada proses semulajadi di atas, ada juga fakta yang menyatakan, kembar mungkin terhasil disebabkan faktor genetik serta peningkatan penggunaan dadah perangsang yang mengakibatkan proses ini boleh berlaku semasa persenyawaan.

Hope penerangan Umi ni Akif faham la hendaknya. Mula mula dia geleng kepala jer tak paham sgt apa Umi baca pastu Umi terang balik translate dalam bahasa kanak kanak untuk Akif lebih faham. Pastu nampak dia angguk kepala. Faham la kot atau buat buat faham sebab nampak muka cam confius jer.






Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Subahanallah.....sungguh indah kejadian Allah SWT.

    BalasPadam
  2. Zara baca pon trus ikut study jg gambar rajah tuuu .. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha mana tau dpt anak kembar utk Zara & Fiziey ..

      Padam
  3. Sally suka kembar! tapi tak rasa mampu nak jaga kembar...hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila dah dapat kita akan mampu menjaganya ..insyaallah Sally hehehe ..

      Padam
  4. suka kembar..comel...kuasa allah..

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Kawin cepat2 mana tau murah rezeki Zumal dpt anak kebar hehehe ..

      Padam
  6. Insha Allah.. Satu hari dia akan faham...

    BalasPadam
  7. subhanallah..mcm mana lah ovum boleh jadi 2..
    nak kembar boleh?? :p

    BalasPadam
  8. Seronoknya kalau dapat anak kembar ni kan :)

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.