10 Sebab Doa Kita Di Tolak

Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Petang Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

10 SEBAB DOA TERTOLAK.


Ketika Ibrahim bin Khadam ( seorang ahli tasauf yang masyhur) ketika berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai. Di antara mereka ada yang bertanya : Mengapakah doa mereka tidak dikabulkan Allah pada hal mereka selalu berdoa kepadanya? Beliau menjawab : Kerana hati kamu buta disebabkan sepuluh perkara iaitu :

PERTAMA
Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan hakNya.

KEDUA
Kamu berkata bahawa kamu cinta Rasulullah SAW tetapi kamu tinggalkan sunahnya.

KETIGA
Kamu telah membaca Al Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.

KEEMPAT
Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepadaNya.

KELIMA
Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu,tetapi kamu tidak menentangnya.

KEENAM
Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.

KETUJUH
Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.

KELAPAN
kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.

KESEMBILAN
Kamu bangun dari tidur, lalu kamu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban diri kamu sendiri.

KESEPULUH
Kamu kebumikan mayat-mayat sahabat kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar ( pengajaran) daripada mereka.

Bersama kita renung renungkan .........


Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Terima kasih Lya atas perkongsian ini semoga kita semua dapat hayati dan amalkan...

    BalasPadam
  2. ada banyak sebab doa kita ditolak seba tu fikir2kanlah kann??? great piece of sharing lya...

    BalasPadam
  3. Salam muhasabah bersama. Allahu..

    BalasPadam
  4. Salam Ukhwah Fillah ..
    terima kasih sudah berbagi kenapa do'a kita di toak Allah...
    ijin copy paste untuk disebarkan kesahabat yang lain

    BalasPadam
  5. Allah Maha Besar.. bersama kita memperbaiki diri supaya doa kita dimakbulkan oleh Allah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga2 Allah memakbulkan setiap doa kita semua ya Fiza..

      Padam
  6. Terima kasih diatas peringatan ini sis...

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.