Tanggungjawab Ketika Menulis


Assalamualaikum ...
Salam Ukhwah Fillah ...
Selamat Petang Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Tanggungjawab dan amanah ketika menulis di laman sosial.

Menulis tak sama dengan berbual. Pahala dan dosa yang kita perolehi melalui penulisan takkan sama dengan yang kita perolehi dengan berbual. Akses kepadanya lebih ramai, lapangannya lebih rencam, ketahanannya lebih lama dan kesannya lebih mendalam. Justeru pahala dan dosa akan menjadi lebih besar.

Adanya kemudahan menulis di layar maya telah menarik jutaan peminat untuk menulis. Ia perkembangan yang bagus dan diraikan. Dengan menulis, kehidupan akan lebih cemerlang dan berjaya.

Tinggal lagi, belajarlah untuk menggunakan disiplin semasa menulis. Disiplin yang tinggi kerana pahala dan dosanya juga tinggi. Kejayaan beriringan dengan disiplin.

Maka, jangan memfitnah semasa menulis. Jangan menulis segala cerita orang kecuali yang benar dan bermanfaat untuk diketahui. Jangan menulis dengan kata – kata kesat.

So,ingatlah..jgn menulis atas dasar iri hati..dendam..kerana penyakit hati itulah yang akan menjadikan kita jatuh.

Ingatan Untukku Juga Sahabat ..

SaYaNg SeLaLu ,
Lya ❤

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. betul tu... tulis lah yg baik2 semoga pahala kita menulis tu terus mengalir...

    BalasPadam
  2. sangat setuju.. risau juga ada yang tersalah dan terduris mana2 pihak :)

    BalasPadam
  3. Ingatan berguna untuk semua... Thanks Lya :)

    BalasPadam
  4. teguran yg membina Lya...untuk ingatan diri ni juga...:P

    BalasPadam
  5. Mana pena itu lebih tajam dari pedang... Ianya mampu melukakan tanpa darah kelihatan... sakitnya juga tidak kelihatan tapi mampu mencetus perbalahan dan dendam. Amat bahaya!

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.