Mak & Ayah ... I LOVE U


Assalamualaikum ...
Salam Ukhwah Fillah ...
Selamat Pagi Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Jom kita imbas kembali kehidupan yang lalu :
- Kita perlukan pertolongan, kita cari mak dan ayah.
- Kita rasa kesusahan, kita cari mak dan ayah.
- Kita kesakitan, kita dibimbangi mak dan ayah.
- Kita berbuat silap, dimarahi mak dan ayah.


Bila mak dan ayah marah, adakah maksudnya mak dan ayah membenci? Bila seorang ayah bermasam muka, bukan bermakna tak menyenangi anak-anaknya, tapi kerana bimbang dan mengambil berat tentang kehidupan anaknya, tentang kejayaan anaknya. Bila seorang ibu berleter, adakah kerana putus asa dengan anaknya? Tidak, bahkan itulah kasih sayang seorang ibu. Yang terlalu banyak berfikir tentang anaknya.

Dan kita, sebanyak mana yang sudah kita lakukan buat mak dan ayah yang tidak seperti sesetengah ibubapa yang lain. Pernah dijentikkah kita? TIDAK. Pernah dipukulkah kita? TIDAK. Pernahkah dibiarkan masalah yang kita hadapi ditanggung sendiri? TIDAK.....

Bila ibubapa yang lebih menjaga hati. Sedangkan anak-anak terkadang lupa diri.

Syukur dilahirkan dalam sebuah keluarga penuh kesederhanaan. Dilahirkan dalam suasana kampung untuk kita kenal apa ertinya hidup susah tapi membahagiakan. Dilahirkan dalam keadaan yang awalnya serba kekurangan tapi diajar tentang erti usaha yang akhirnya membawa kejayaan. Diajar untuk tidak hidup bermewah-mewahan supaya hati kita tidak terikat kepada harta keduniaan.

Mungkin kita pernah lupa. Jadi mari kita ingat kembali.

Berapa ramai yang pernah merasa mandi disubuh hari dengan air perigi? Sejuk!!! Saat yang paling menggembirakan adalah bila tiada air dan dapat mandi di sungai walaupun sejuk. Sedangkan orang lain senang merasa dingin dengan hot shower. Berapa ramai pernah merasa ubi kayu yang dipetik sendiri di kebun, dibakar dan dimakan beramai-ramai bersama saudara mara pada pagi yang panas tapi cukup mendamaikan, sedangkan yang lain kecil-kecil sudah diajar pizza, kfc. spaggeti, etc. Tak perlu usaha, hanya perlukan duit. Berapa ramai yang dapat merasa berpicnic sambil bermain buaian semulajadi diikat pada pohon sementara menunggu ibubapa yang pulang dari kerja.Sedangkan yang lain dibawa shopping ke mall-mall besar, diberi permainan yang mahal-mahal.

Syukur tidak dilahirkan dengan hidup terlalu mewah, supaya hati tidak terikat pada dunia, supaya hati sensitif dengan kesusahan yang lain, kerana kita pernah merasa. Tapi, mungkinkah sekarang kita terlupa.

Kalau terlupa, mari kita ingatkan diri kembali. Ingatkan diri untuk SENTIASA menyayangi mak dan ayah. Marah mereka kerana sayang. Leteran mereka kerana bimbang.

Kalau dulu kita hanya menerima, kali ini biar kita pula yang memberi. Memberi kegembiraan kepada mak dan ayah setulus hati. Memberi kebahagian kepada dua jiwa yang makin menginjak usia selagi mana mereka disisi.

Dan paling utama, biarlah kita yang menjadi insan yang mampu menghulurkan tangan kepada mereka pada suatu ketika nanti sambil berkata, ” Mak, ayah. Jom ke syurga !!!!”

SaYaNg SeLaLu ,
Lya 

Catat Ulasan

1 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.