Definisi CANTIK Bagi WANITA


Assalamualaikum ...
Salam Ukhwah Fillah ...
Selamat Pagi Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Cantik.
Sebuah sebutan ataupun perkataan kehormatan bagi seorang wanita. Kecantikan adalah nilai tambah yang mampu membuatkan seseorang wanita itu lebih berharga. Namun, untuk mendapatkan kecantikan tersebut memerlukan usaha, kekuatan niat dan kesungguhan hati.


Kecantikan Bagaimana Yang Diingini ??
Wanita itu cantik seandainya dia berilmu, dia tidak hanya akan menonjolkan emosi jika terjadinya perdebatan. Dia bukan hanya petah berkata-kata dalam menyampaikan teori, namun boleh mempraktikkannya secara terperinci. Dia menerangi persekitarannya dengan ilmu yang dimiliki, namun tidak pernah lokek atau sukar untuk memberi.

Dengan ilmu tersebut, mereka tunduk kepada ALLAH SWT. Kerana pengetahuan itulah maka mereka menjadi insan yang beriman dan bertaqwa. Tidak hanya sekadar mengikuti, namun selalu mengkaji ilmu ALLAH dengan lebih mendalam dan teliti. Apabila bertindak, dia akan bertindak berdasarkan ilmu dan bukannya pendapat peribadi apatah lagi dengan emosi diri. Ilmu itu membuatkan hatinya tunduk, nafsunya melebur dan perilakunya teratur.

Wanita itu cantik jika memiliki rasa malu. Malu untuk mempertontonkan dirinya dengan sebegitu murah dan malu seandainya tidak dapat menjadi hamba yang taat dan amanah terhadap pencipta-Nya. Mereka yang malu akan senantiasa menjaga diri dari melakukan dosa ataupun terjebak dalam perbuatan dosa. Lihatlah betapa berharganya mereka di kemudiannya. Sesiapapun yang mendekatinya akan merasa segan dan perlu berhati-hati. Rasa malu itu akhirnya akan mengangkat darjat dirinya. Semestinya akan lebih tinggi.

Wanita itu cantik jika mereka cerdas. Cerdas untuk tidak berbuat bodoh yakni dalam merendahkan kehormatan mereka sendiri. Cerdas untuk mengatur setiap kata, dan menempatkan diri dalam berbagai situasi.

Lihatlah betapa kecerdasannya dalam mengatur akhlak.Tidak ada hasut dan fitnah dilidahnya. Tidak ada buruk sangka dihatinya.

Dia bijak menutupi kekurangan dengan kelebihan. Dia bersosial namun tetap dalam batas. Dia bergaul namun tidak sampai lebur, dia menuntun saudaranya untuk selalu menuju kebaikan. Kehadirannya adalah berkat bagi manusia di sekelilingnya.

Lihatlah kecerdasan mereka dalam mengendalikan diri. Walaupun akalnya sering kali dikendalikan oleh emosi, namun kuatnya iman menuntunnya kembali untuk menjadi lebih indah. ALLAH SWT sudah cukup menjadi peringatan bagi mereka. Dan Maha Melihat-Nya ALLAH, sudah mampu untuk dirinya merasa selalu diawasi.

Wanita Cantik Itu...
Mereka tahu mereka bukanlah bidadari yang sempurna, namun kekurangannya di tutupi dengan menonjolkan kelebihan, dan beristighfar terhadap kekurangan. Mereka pun tahu betapa susahnya untuk menjadi cantik, namun itu tidak menghalang mereka untuk selalu memperbaiki diri.

Maka ketahuilah saudariku, kecantikan adalah definisi dari wanita solehah. Walaupun mereka serba serbi kurang dari segi fiziknya, namun memiliki kelebihan dari segi iman dan akhlaknya. Tidak ada di dunia ini yang lebih cantik selain dari wanita yang solehah.

Siapa Yang Ingin Menyangkalnya ??
Carilah yang selain darinya dan buktikan. Pasti dan pasti tidak akan kita temui selain daripada kecantikan itu kerana ia ada dalam diri mereka yang solehah. Sama seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah." (HR. Muslim).

Kecantikan bukan hanya sekadar fizikal. Namun kecantikan itu adalah seberapa dekat/hampir kita dengan ALLAH SWT, dan seberapa selesa saat manusia berada dekat dengan kita. Maka benarlah jika sebaik- baik wanita, adalah mereka yang solehah. Lalu apakah kamu termasuk di dalamnya? Jom tanya diri masing-masing...

SaYaNg SeLaLu ,
Lya ❤

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. semua wanita itu cantik.
    definasi berbeza

    BalasPadam
  2. Setuju dengan artikel diatas...cantik tu subjective, kecantikkan sebenar adalah dari dalam dan cara wanita itu membawa diri..cantik juga dari tingkah laku dan budi bahasa...cantik tidak hanya terletak pada wajah...definasi banyak berbeza...

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.