Ajaibnya Kehidupan


Assalamualaikum ...
Salam Ukhwah Fillah ...
Selamat Tengahari Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...


Ajaibnya Kehidupan !!!!

Tatkala diri kita ini dipenuhi dosa yang sudah berlumut dan berkarat, Tuhan membersihkan kita dengan pelbagai cara. Dia memberikan kita sedikit masa untuk kita menikmati juadah penyakit.

Berbagai penyakit, berbagai juga penawar yang kita ambil. Tetapi, penyakit yang diberikan kepada kita ini bukan penyakit yang suka-suka. Ia penyakit yang luar biasa untuk menebus segala dosa kita.

Allah menyucikan diri kita dengan penyakit yang kita rasa. Lalu segala kemuraman dan kesedihan yang kita hadapi semasa sakit, digantikan pula dengan senyuman dan kegembiraan tatkala diri sihat sejahtera.
Ajaibnya kehidupan!

Kekadang, kita mengeluh. Kita memperkatakan bahawa kita sudah penat dan hampir berputus asa, Walhal, kita sudah menempuhi kehidupan yang sementara ini dengan berpuluh-puluh tahun tanpa kita sangka.

Segala pengalaman yang tidak enak, telah kita lupa dan telah kita berjaya melangkahnya. Dahulu, pelbagai ketakutan dan keraguan menghantui diri, semua itu tiada lagi. Hari ini, kita telah bangkit kita telah berjaya berdiri di atas kaki sendiri.

Sungguh…

Ajaibnya kehidupan ini.

SaYaNg SeLaLu ,
Lya ❤

Catat Ulasan

11 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.