❤ Angka 5 Dalam Islam ❤

March 17, 2014


Assalamualaikum ...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Antara kelebihan angka 5 dalam islam

5 waktu solat fardhu yang WAJIB didirikan 
  • Subuh 
  • Zuhur 
  • Asar 
  • Maghrib 
  • Isya' 
5 Rukun ISLAM.
  • Mengucap dua kalimah syahadah. 
  • Mendirikan solat. 
  • Menunaikan zakat. 
  • Berpuasa di bulan Ramadhan. 
  • Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu. 
5 hukum Syariah Islamiah
  • Wajib 
  • Haram 
  • Sunat 
  • Makruh 
  • Mubah (harus) 
Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara
  • Sihat sblm sakit 
  • Kaya sblm sempit (miskin) 
  • Lapang sblm sibuk; masa muda sblm tua 
  • Hidup sblm datangnya mati.
5 peperangan besar dalam ISLAM;
  • Perang Badar 
  • Perang Uhud 
  • Perang Khandak 
  • Perang Muktah 
  • Perang Hunain 
5 orang Rasul bergelar ULUL AZMI
  • Nabi Nuh a.s 
  • Nabi Ibrahim a.s 
  • Nabi Musa a.s 
  • Nabi Isa a.s 
  • Nabi Muhammad SAW 
5 Perkara yang WAJIB disegerakan.
  • Wajib menyegerakan memberi makan apabila tetamu datang kerumah. 
  • Wajib menyegerakan urusan keatas jenazah. 
  • Wajib menyegerakan mengahwinkan anak perempuan jika telah baligh. 
  • Wajib menyegerakan membayar hutang jika telah datang waktu untuk membayarnya. 
  • Wajib menyegerakan TAUBAT atas pelbagai dosa yang dilakukan. 

5 Dosa Besar yang paling Utama
  • Syirik kepada Allah 
  • Derhaka kepada kedua ibubapa 
  • Meninggalkan Solat Fardhu 
  • Memakan Harta Anak Yatim 
  • Membunuh jiwa yang diharamkan Allah & terdapat 70 dosa besar lain yang juga Wajib ditinggalkan. 
5 perkara yang dicintai dan melupakan 5 perkara yang lain di Akhir Zaman..
  • Mencintai Dunia & Melupakan Akhirat. 
  • Mencintai Hidup & Melupakan Mati. 
  • Mencintai harta benda & Melupakan Hisab. 
  • Mencintai Gedung-gedung & Melupakan Kubur. 
  • Mencintai Makhluk & Melupakan Khalik yakni Allah s.w.t 
SaYaNg SeLaLu ,
Lya ❤

Artikel Menarik yang Lain

10 Sahabat Setia

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah.
Terima Kasih Sudi Singgah. Ada Masa Jangan Lupa Tinggalkan Komen.