Tips Tangani Anak Ketagihan Televisyen

Assalamualaikum...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat2 Semua ...
Moga Bermanfaat ..Insyaallah ...

••••► Tips
 mudah untuk memahami dan menangani anak-anak yang ketagihan TV, permainan video dan pemainan mudah alih (seperti tab, ipad, dll)

1. Ketagihan adalah tanda ada sesuatu yang tidak kena kepada emosi. Oleh itu ibu bapa harus memberi sokongan emosi kepada anak-anak. Berbincang dengan anak supaya dia meluahkan perasaan tersembunyi.

2. Anak boleh terjebak ke dalam ketagihan ini sebagai satu cara untuk menarik diri daripada situasi sosial. Oleh itu wajar kita melatih anak dengan kemahiran sosial yang berkesan.

3. Kadang-kadang anak-anak ketagihan TV , permainan video atau permainan mudah alih kerana mereka rasa self esteem mereka tinggi di dunia maya. Justeru, kita harus berusaha untuk memenuhi harga diri anak-anak dalam dunia sebenar.

4. Semak jika kita sendiri ketagihan TV, permainan video atau permainan mudah alih . Kanak-kanak sangat cepat meniru tingkah laku ibu bapa. Jika kita sendiri ketagihan, berusahalah untuk berubah demi anak-anak. 

5. Kita mungkin boleh adakan ‘SATU HARI TANPA TV, PERMAINAN VIDEO ATAU PERMAINAN MUDAH ALIH’ setiap minggu. Pada hari ini, semua alat-alat tersebut dimatikan dan tidak dibenarkan sesiapa pun menyentuhnya. Pada hari tersebut, setiap ahli keluarga akan membuat aktiviti bersama-sama seperti beriadah, berkebun dan sebagainya.

6. Bangunkan budaya membaca di dalam rumah kita. Ini akan membantu anak-anak meningkatkan kemahiran membaca dan minat mereka terhadap buku dapat mengganti atau memenuhi keperluan mereka untuk melawat 'dunia fantasi ' melalui TV, permainan video atau permainan mudah alih.

7. Wujudkan suasana yang aman di dalam rumah dan keluarga di mana anak-anak tidak mempunyai sebab dan keperluan untuk terjebak ke dalam apa-apa jenis ketagihan.

SaYaNg SeLaLu ,
Lya❤

Catat Ulasan

0 Ulasan