♫♪ Tips :- Si Manja Tidur Lena ♫♪


Assalamualaikum...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat2 Semua ...
Moga Bermanfaat ..Insyaallah ...
••••►Si Manja Tidur Lena


Menidurkan si kecil ada banyak caranya. Ada ibu bapa yang terbiasa mendisiplinkan anak tidur sendiri sejak bayi lagi. Ada pula yang terbiasa mendodoikan anak bila hendak tidur. 

Apa pun cara pilihan anda, semuanya tidak salah kerana yang penting si manja tidur lena tanpa meragam. Bagi yang baru bergelar ibu ayah, masih tercari-cari cara yang sesuai untuk menidurkan si manja.



Mungkin tip berikut boleh dijadikan panduan bagi memudahkan tugas menidurkan si manja.

Urutan
Urutan asas di seluruh tubuh bayi iaitu kaki, tangan dan badan membantunya tidur dengan lebih lena. Lakukan urutan dengan lembut ke seluruh tubuh selepas bayi mandi.

Dodoikan Dengan Suara Lembut
Bayi amat sukakan bunyi yang lembut dan tenang. Dia berasa selesa apabila berada dalam dakapan ibu dan ayah. Bagaimanapun cara ini mengambil masa sedikit kerana bayi mungkin terjaga apabial anda meletakkannya di katil bayi.

Menggosok/Tepuk
Gosok perut bayi secara berirama untuk membuatnya rasa lega dan membantunya tidur lena. Rentak gosokan perlu konsisten untuk mengelak bayi terganggu dan terjaga.

Dukung Pada Bahu
Bayi merasa selamat dan selesa dengan cara dukungan ini. Nyanyikan lagu sambil mengerakkan tubuh anda agar bayi tidur lena.

Membalut
Apabila bayi sudah tidur, balut badannya dengan selimut yang nipis atau baby wrap. Jangan terlalu ketat. Cara ini membuatkan bayi merasa selamat dan dapat membantunya tidur dengan lena.

Ok ni sikit sebanyak tips untuk tgh ni...moga bermanfaat ...

SaYaNg SeLaLu ,
Lya ♫♪

Catat Ulasan

0 Ulasan