❤ Tips Keselamatan Diri Untuk Anak2 .. ❤

Assalamualaikum...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat2 Semua ...
Moga Bermanfaat ..Insyaallah ...

Malam ni Lya nak kongsikan 
••••► Tips Keselamatan Diri Untuk Anak2 ..

Keselamatan tidak boleh dikompromi. Tiada tolak ansur dalam menjaga keselamatan diri. Jom baca tips keselamatan diri kat bawah nie dan jangan lupa amalkan .....
Mak,Ayah,Mama,Papa,Daddy,Mummy,Umi,Abah,Adik,Kakak Juga Abang jom sebarkan tips ini untuk anak2 kita,anak2 saudara kita dan anak2 sahabat juga anak2 jiran tetangga...


❥ JANGAN mengikut orang yang tidak dikenali pada bila-bila masa.
❥ JANGAN mudah percaya kata-kata orang yang tidak dikenali.
❥ JANGAN ingkar nasihat guru atau ibu bapa, atau orang yang lebih tua. Setiap larangan pasti ada sebab dan akibatnya.
❥ JANGAN bergerak jauh daripada ibu bapa atau kumpulan rakan sekolah semasa anda mengikuti rombongan lawatan dan sebagainya.
❥ JANGAN dekati atau melayan orang yang tidak dikenali – jika dia memaksa, anda mesti menjerit sekuat hati dan lari ke arah orang ramai.
❥ JANGAN bermain dengan alat-alat yang tajam atau yang boleh mendatangkan kecederaan.
❥ JANGAN bermain atau berbasikal dengan cara yang tidak selamat di jalan raya. Patuhi undang-undang jalan raya untuk mengelak kemalangan.
❥ JANGAN bermain dengan mancis, mercun, minyak tanah, minyak petrol dan sebagainya yang dapat menyebabkan kebakaran.
❥ JANGAN bermain di longkang besar, sungai, tasik, terusan, tanpa pengawasan daripada orang yang lebih dewasa.
JANGAN keluar dari pagar rumah terutamanya ketika tiada orang lain di luar - anda mungkin boleh diculik atau dilanggar kenderaan, ataupun digigit haiwan liar.

SaYaNg SeLaLu ,
Lya 

Catat Ulasan

0 Ulasan