❤ Khasiat Daun Sireh ❤

Assalamualaikum...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat2 Semua ...
Moga Bermanfaat ..Insyaallah ...

••••► Khasiat Daun Sireh


Daun sireh mengandungi komponen – komponen aktif semulajadi yang amat berguna dalam perubatan dan pelbagai kegunaannya. Ianya juga mengandungi antiseptik semulajadi yang berupaya membunuh kuman, bakteria dan kulat dengan khasiat hemostasis yang dapat melancarkan perjalanan darah dan menghentikan perdarahan. Berikut adalah antara khasiat daun sireh.

  Menghilangkan sakit tekak, bengkak dibahagian tekak dan batuk berkahak.
 Sebagai bahan pencuci dibahagian vagina bagi merawat keputihan untuk wanita, menghilangkan bau, gatal-gatal atau dijangkiti bakteria.
★  Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk ibu -ibu didalam pantang
★  Menghalang dan menghentikan dari berlakunya hidung berdarah.
  Daun sireh mengandungi antiseptik yang dapat menghilangkan gatal – gatal kulit seperti kurap dan kayap.
★  Dapat menghilangkan bisa dan bengkak gigitan serangga dan tebuan.
 Dapat menghilangkan atau meneutralkan bau badan, bau mulut, bau bahagian alat sulit yang tidak menyenangkan.
★  Dapat mengurangkan demam panas serta kembung bagi kanak-kanak.
★  Dapat menghilangkan sakit kepala, menghilangkan gatal dan kelemumur.
  Dapat digunakan untuk kecantikkan seperti menghilangkan parut jerawat, jeragat, menegangkan kulit,mencerahkan kulit, melembabkan kulit, melebatkan bulu kening dan digunakan sebagai masker.
  Dijadikan bahan pembalut untuk tangan terseliuh atau patah.
  Merawat penyakit sendi dan bisa – bisa tulang.
  Digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit resdung, penyakit malaria dan sakit mata.

Ok ..ni lah serba sikit khasiat daun sireh yang dapat Lya kongsikan ...

SaYaNg SeLaLu ,
Lya ❤ 

Catat Ulasan

0 Ulasan