Kawal Perasaan Marah Pada Anak

Assalamualaikum...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat2 Semua ...
Moga Bermanfaat ..Insyaallah ...

••••►Kawal Perasaan Marah Pada Anak 

Menjadi ibu dan bapa kepada anak-anak kecil yang aktif, sememangnya adakalanya sukar hendak mengawal perasaan. Namun, kita perlu belajar mengawal perasaan.

-Kita dikurniakan sesuatu perkara itu yang nampak baik atau buruk pada mata kita itu, sebenarnya adalah untuk kita menjadi semakin baik. Dengan melatih diri menjadi sabar dengan anak-anak, kita akan menjadi seorang yang sabar.

-Bila kita berdoa supaya Tuhan memberikan kepada kita kesabaran, Tuhan tidak hanya meletakkannya di dalam hati kita. Kita dididik melalui kejadian dalam hidup kita. Jika kita ingat ini, maka kita akan lebih berusaha untuk sabar.

-Formulanya, bila rasa hendak marah, tarik nafas dan bilang sampai 5. Jika masih marah bilang sampai 15. Kemudian, bayangkan bila anak-anak itu sudah besar dan mereka memuji bagaimana anda membesarkan mereka dgn penuh kesabaran. Di sarankan, selain dpd membilang, baca surah Al-Fatihah dan 5 ayt pertama surah TAHA. Kemudian cuba lihat the funny side of what they are doing. You will feel so bless to have them.

- Marah tu memanaskan kerana ia digemburkan oleh iblis yang dibuat dpd api. Oleh itu, padamkan api itu dengan berzikir. Jika yang bukan muslim, dengan gambaran yang menyejukan hati.

SaYaNg SeLaLu ,
Lya ❤

Catat Ulasan

0 Ulasan