❤ Hati Oh Hati ... ❤

Assalamualaikum...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat2 Semua ...
Moga Bermanfaat ..Insyaallah ...


Hati Oh Hati..
Mengapa engkau merana dan terluka?
Mengapa engkau lemah tak berdaya?
Tak kasihankah engkau pada wajah?
Tak kasihankah engkau pada bibir?

Hati Oh Hati..
Keranamu wajah jadi muram
Keranamu bibir jadi bakhil senyuman
Keranamu badan menjadi lemah tak bersemangat
Keranamu perahu kesedihanku berlabuh

Hati Oh Hati
Kesedihan menyelimuti
Mengapa engkau bersedih,dimanakah senyuman?
Wahai sedih,jangan engkau mengusir senyuman
Wahai sedih,jangan engkau menghalau kebahagiaan

Hati Oh Hati..
Lihatlah wajah yang bermuram durja
Lihatlah wajah yang kelihatan sayu
Wahai wajah,cerialah walau hati tengah luka dan sedih
Kerana dengan keceriaan akan mengurangi kesedihan hati
Kerana dengan keceriaan sebagai tameng penilak derita pada hati

Hati Oh Hati..
Lihatlah senyuman mulai pudar
Lihatlah senyuman yang makin menghilang
Wahai senyuman,senyumlah walau hati sedang sedih
Kerana dengan senyuman akan menjadi penawar kala hati sedih
Kerana dengan senyuman akan menolak rasa gundah

Hati Oh Hati..
Lihatlah diri/badan yang tiada berdaya
Lihalah diri/badan yang tiada bermaya
Wahai badan,bersemangatlah walau hati sedih
Kerana dengan semangatmu membuat hati menjadi tegar
Kerana dengan semangatmu menjadi benteng atas ujian yang menimpa hati

Hati Oh Hati..
Janganlah bersedih lagi
Secepatnya obati luka yang ada
Bantulah wajah yang ceria
Bantulah bibir untuk menguntum senyum
Bantulah badan untuk bersemangat

Hati Oh Hati..
Ingatlah bahawa setiap kejadian ada hikmahnya
Allah mengujimu sesuai kemampuanmu
Allah mengujimu sebab Dia menyayangimu
Allah mengujimu sebab merindukan rintihanmu
Allah mengujimu itulah cara Dia memanggilmu

Hati Oh Hati..
Andai kau sadar bahwa Allah memanggilmu
Jangan tangguhkan waktu lagi untuk bertemu
Menangislah diatas sajadah diheningnya malam
Bersujudlah dengan penuh kerendahan
Luahkan semua isi hatimu kepadaNya

Hati Oh Hati..
Menangislah karna dosa dan noda
Jangan menangis karna manusia dan cinta
Banyaklah berzikir! engkau pasti kan tenang
Usahakan selalu datang bertamu diatas keheningan separuh malam

Hati Oh Hati..
Setiap hati sudah disediakan kebahagiaan untuk dinikmati
Yakinlah bahawa kebahagiaan itu telah disediakan
Hanya itu perlu menunggu waktu yang telah ditentukan
Bersyukurlah dengan apa yang ada sekarang
Hargailah yang telah Allah berikan

Jangan bersedih lagi,jangan susah lagi
Senyumlah,tersenyumlah
Sentiasalah tersenyum walau begitu susah untuk tersenyum
Yakinlah engkau boleh untuk melakukannya ...

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita menghadapi segala ujian yang ada..

SaYaNg SeLaLu ,
Lya

Catat Ulasan

0 Ulasan