Yusuf Islam (Dahulunya Cat Stevens)

Hari Ni Nak Buat Entri Pasal Yusuf Islam Yang Dahulunya Di kenali Sebagai Cat Stevens ..
Tetiba Jer Nak Buat Entri Ni ...
Tadi Tengok Yusof Islam Dalam Duk Google2 Terpandang Wajah Beliau ..
Tu La Terpanggil Nak Buat Entri Ni ...

Yusuf Islam ( Cat Stevens ) ❤

Yusuf Islam (Cat Stevens)

Nama Lahir     : Steven Demetre Georgiou
Berasal Dari         :  London, England
Pekerjaan             : Penyanyi-Penulis Lagu
Instrumen Vokal   :  Gitar, Gitar Klasik, Gitar Sanjungan, Gitar Bes, Mandolin Elektrik, Bouzouki, Papan                                    Nada, Hapsikod, Polymoog, Wisel Peni, Dram, Genderang
Tahun Aktif      : 1966–1978, 2006 – Kini
Label              : Island Records, A&M, Polydor, Mountain Of Light, Jamal
Laman web      : www.catstevens.com
                             : www.yusufislam.org.uk




Yusuf Islam  (lahir sebagai Steven Demetre Georgiou pada 21 Julai 1948 di Landon), yang dikenali sebagai Cat Stevens sejak tahun 1966 hingga 1978, ialah seorang pemuzik,ahli muzik,penyanyi,pencipta lagu,pendidik,dermawan dan pemeluk agama islam terkenal yang berbangsa Inggeris.
Sewaktu dikenali sebagai "Cat Stevens", beliau telah menjual lebih 60 juta album di seluruh dunia sejak akhir 1960-an. Dua album beliau iaitu Tea for the Tillerman dan Teaser and the Firecat telah disijilkan oleh RIAA kerana mencapai status Platinum Beganda Tiga di Amerika Syarikat (tiga juta jualan setiap satu); album Catch Bull at Four  pula menjual setengah juta salinan dalam dua minggu terawal sejak dikeluarkan dan merupakan LP #1Billboard selama tiga minggu berturut-turut. Bakat mencipta lagu beliau juga memberinya dua anugerah ciptaan lagu ASCAP  (untuk "The First Cut Is The Deepest'' yang menjadi single hit untuk empat orang artis berbeza.)


Pada kemuncak kemasyhuran beliau, pada tahun 1977, Stevens memeluk agama Islam. Pada tahun 1978, beliau membawa nama Yusuf Islam, lalu meninggalkan kerjaya muzik untuk menumpu kepada tujuan pendidikan dan dermawan dalam masyarakat Muslim. Pada tahun 2006, beliau kembali ke persada muzik pop, dengan sebuah album yang mengandungi lagu pop serba baru sejak berlalunya 28 tahun yang berjudul An Other Cup.
Beliau telah dikurniakan beberapa anugerah kerana usaha-usaha memupuk keamanan di dunia, termasuk anugerah Man for Peace 2004 dan Hadiah Mediterranean untuk Keamanan 2007. Beliau tinggal bersama isteri beliau, Fauzia Mubarak Ali, dan lima orang anak di Brondesbury Park, London, dan sering mengunjungi Dubai setiap tahun...






SUMBER :- Mr Google 

SaYaNg SeLaLu ,
Lya ❤

Catat Ulasan

0 Ulasan